Showing posts with label SOALJAWAB. Show all posts
Showing posts with label SOALJAWAB. Show all posts

Friday, April 6, 2007

Soaljawab: MAZHAB

Soalan oleh Zamri:

Boleh tak ceritakan sedikit tentang mazhab?


Jawapan:

Mazhab maksudnya aliran pemikiran. Ulama telah bersepakat pada asalnya untuk berpegang dengan Al Quran, hadis, ijma dan qias. Tetapi ulama juga menghadapi masalah dalam memahami dalil-dalil yang ada iaitu Al Quran dan hadis untuk mengeluarkan sesuatu hukum. Maksud sesuatu hadis mungkin berbeza bagi setiap ulama.

Contohnya dalam hal membasuh kepala ketika berwuduk. Ada ulama faham kita kena basuh seluruh kepala. Ada ulama faham kena basuh sebahagian saja. Ada pula ulama yang faham cukuplah dengan mengenakan air kepada beberapa helai rambut sahaja. Kesimpulannya, semua pendapat itu betul. Tak boleh kita nak menyalahkan mana-mana pendapat.

Pada zaman Rasulullah lagi perbezaan pendapat telah berlaku di kalangan sahabat dan ternyata Nabi Muhammad tidak menyalahkan mana-mana pihak- kedua-duanya betul. Ini berlaku dalam rombongan para sahabat ke Bani Quraizah. Rasulullah berpesan agar ahli rombongan itu menunaikan solat Asar di tempat Bani Quraizah.

Namun perjalanan itu jauh. Jika mereka tiba di sana, waktu Asar telah habis. Di sini para sahabat berpecah kepada dua pendapat. Satu kumpulan menunaikan solat Asar di pertengahan jalan kerana waktu Asar akan habis apabila tiba di sana (seolah-olah mereka menentang perintah Rasulullah supaya solat Asar di sana). Satu kumpulan lagi tetap menunaikan solat Asar di sana walupun ketika itu telah masuk waktu Maghrib (seolah-olah mereka pula menentang perintah Tuhan bahawa solat Asar mestilah dibuat dalam waktu Asar).

Ternyata kedua-dua pihak betul kerana Rasulullah tidak menyalahkan mana-mana pihak. Sekiranya ada kesalahan, pasti Rasulullah akan membetulkannya, tapi baginda tidak berbuat demikian. Ini memberi panduan kepada kita yang Rasulullah memang ada mengisyaratkan untuk umat Islam selepas zamannya bahawa perbezaan pendapat itu tidaklah menjadi satu kesalahan.

Aliran mazhab asalnya ada banyak, puluhan malah ratusan. Pada zaman selepas zaman Rasulullah, boleh dikatakan setiap orang (*YANG LAYAK) ada mazhab sendiri kerana semuanya faqih-faqih belaka. Namun yang masih hidup hingga ke zaman ini ada empat mazhab yang besar iaitu:
Mazhab Hanafi di asaskan oleh Imam Abu Haniffah
Mazhab Maliki diasaskan oleh Imam Malik
Mazhab Syafie diasaskan oleh Imam Syafie
Mazhab Hambali di asaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal
Satu lagi mazhab yang tak kurang pengaruhnya adalah mazhab yang diasaskan oleh seorang sufi lagi waliyullah bernama Sufyan ath-Thauri. Namun lama-kelamaan ia tidak lagi diamalkan ramai orang sehingga pupus. (*Mazhab-mazhab lain berkembang baik kerana mendapat dokongan pemerintah sedangkan Sufyan sentiasa menjadi buruan pemerintah yang zalim. Tambahan pula hidup kesufiannya yang zuhud menjadikan mazhabnya tidak dapat berkembang dan bertahan lama. Imam Ahmad sendiri memandang Sufyan sebagai lebih faqih daripada dirinya)

Imam Syafie sendiri merupakan anak murid Imam Malik tetapi Imam Syafie masih boleh mengasaskan mazhab yang lain. Adakah mereka menyalahkan antara satu dengan lain? Jawapannya tidak. Kedua-duanya betul.

Imam Syafie mestikan baca doa qunut dalam solat Subuh sedangkan imam yang seorang lagi kata tak perlu. Ketika Imam Syafie pergi ke daerah imam itu, Imam Syafie telah mengimamkan solat Subuh dan dia tidak membacakan qunut. Dia berbuat demikian kerana menghormati pendapat imam tersebut. Lihatlah, sesama imam mujtahid pun masih boleh saling mengiktiraf walaupun berbeza pendapat.

Kata Hassan al Banna:
“Perselisihan pendapat dalam masalah cabang fekah tidak seharusnya menjadi sebab kepada perpecahan agama.”

Mereka ini bertaraf mujtahid, iaitu orang yang mampu berijtihad (* memberi pendapat sendiri) untuk mengeluarkan hukum-hukum agama. Sekiranya ijtihad mereka betul, mereka akan mendapat pahala dan sekiranya ijtihad mereka salah, mereka tidak berdosa (*riwayat lain mengatakan sekiranya ijtihad mereka betul, mereka akan mendapat 2 kali pahala, sekiranya salah akan mendapat 1 kali pahala). Sungguhpun begitu, mereka tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ijtihad. Mereka sangat berhati-hati. Pernah ditanyakan 40 soalan kepada Imam Syafie tetapi dia hanya menjawab 13 soalan sahaja. Ini menunjukkan sikap tawadhuknya (merendah diri), padahal dia boleh saja memberikan pandangannya (ijtihad). Dia hanya menjawab perkara yang benar-benar dia arif di dalam hal itu.

Bagi kita orang biasa, kita mestilah mengikut mana-mana mazhab, kecualilah kita telah mencapai tahap tinggi yang boleh meneliti dalil-dalilnya. Wajibkah kita bertaqlid (iaitu ikut aliran mana-mana tok guru atau imam)? Jawapannya wajib sehingalah kita ada kemampuan untuk meneliti dalil-dalil hukum.

Contohnya seorang anak kecil belajar solat dengan ayahnya. Maka dia mesti ikut ajaran ayahnya (mesti taqlid dengan ayahnya). Takkanlah tak benarkan dia solat lalu disuruh pergi belajar teliti dalil-dalil hukum dulu, bila dah tahu baru solat. Alamatnya sampai umur 30-40 barulah dia nak bersolat. Ini mengarut.

Kata Hassan al-Banna:

“Seorang muslim yang ilmunya belum sampai ke peringkat nazar (iaitu mampu memahami dalil-dalil hukum) mestilah mengikut salah satu imam dalam Islam

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Alexanderwathern 2005

*Dijawab secara lisan bersama-sama oleh Alexanderwathern dan Ustaz Tuan Azman Tuan Aziz (Mesir) pada 24 JUN 2005. Kemudiannya barulah dipindahkan ke dalam bentuk tulisan. Maka tentulah ia tidak sebaik jawapan terancang)

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article49.html&mode=&order=0&thold=0

Soaljawab : WANITA BERHIAS

SOALAN

Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj, Nabi Muhammad saw telah diperlihatkan dengan nasib wanita yang suka berhias kepada orang lain tetapi tidak berhias pula kepada suaminya. Bagaimana pula dengan wanita yang belum berkahwin?


PENJELASAN

Pesan Rasulullah s.a.w:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang aku belum lagi melihat mereka. Pertama, golongan yang mempunyai cemeti-cemeti (iaitu golongan pemerintah) bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, BERLENGGANG-LENGGOK waktu berjalan. Menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini TIDAK AKAN MASUK SYURGAdan TIDAK AKAN DAPAT MENCIUM BAU WANGINYA. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah dapat dicium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.”
(Muslim)

Huraian hadith:

Kedua-dua golongan ini tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana belum pernah dilihat baginda. Ini bermakna ia akan wujud kemudian, iaitu pada zaman sekarang. Golongan pertama ialah golongan pemerintah yang zalim. Golongan ini menghukum orang mengikut suka hati mereka.

Golongan kedua pula ialah kaum wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah telanjang kerana ketatnya pakaian mereka dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Ada saja bahagian yang dipertontonkan dan ada yang ditutup dengan helaian nipis. Mereka berjalan dengan gaya yang menarik perhatian, iaitu berlebih-lebihan dalam berlenggang-lenggok. Ini tidak bermakna wanita kena berjalan seperti robot, tetapi berjalanlah mengikut gaya semulajadi anda- jangan ditambah-tambah lagi untuk menarik perhatian orang. Kata Nabi, perempuan yang bersanggul di kalayak umum saja pun sudah tidak dapat mencium bau syurga, bagaimana pula dengan perempuan yang rambutnya berfesyen dan berwarna seperti sekarang ini?

Hadith ini merangkumi wanita yang sudah berkahwin atau belum. Tidak boleh berhias untuk lelaki. Bahkan berhias untuk lelaki yang mahram juga tidak boleh. Apa tujuannya berhias untuk bapa, datuk, abang atau saudara yang lelaki? Tampilkan diri anda yang biasa saja sudah cukup. Dan jangan lupa hiaskanlah diri anda untuk suami anda sehabis-habisnya.

JAWAPAN

Wanita yang belum berkahwin juga akan mendapat balasan buruk daripada Tuhan sekiranya dia berhias kepada lelaki. Wallahualam.

*Koleksi soaljawab ringkas bersama Alex di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=2


"PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT"

Alexanderwathern
SEPT 2005

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=55&mode=&order=0&thold=0

Soaljawab : AL MAHDI

Soal jawab ini berlaku di laman http://formulacemerlang.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=88&start=0

Pertanyaan oleh saudara Fauzan:

ASSALAMUALAIKUM
SAYA INGIN BERTANYAKAN TENTANG KEWUJUDAN IMAM AL MAHDI
ADAKAH IMAM AL MAHDI INI WUJUD ATAU TIDAK? DAN JIKA WUJUD WUJUD APAKAH PERKAITANNYA DENGAN KITA SEBAGAI MUSLIM?
SOALAN INI SAYA TUJUKAN KEPADA SESIAPA YANG MAMPU UNTUK MENJAWAB DENGAN KEBENARAN...
WASSALAM...

Pandangan:

Pertama sekali, sebelum kita melangkah lebih jauh dalam persoalan Al Mahdi ini... hendaklah kita maklumi awal-awal bahawa... kepercayaan kepada Al Mahdi bukanlah termasuk ke dalam perkara pokok agama Islam. Ia bukan sebahagian daripada Rukun Iman atau Rukun Islam. Sama ada percaya atau tidak, ia tidak akan merosakkan iman atau aqidah kita.
Kesimpulan kecilnya: Setiap individu berhak untuk percaya atau tidak akan kewujudan Al Mahdi.

Kenyataan beberapa orang tokoh Islam tentang mempercayai Al Mahdi:

Prof. Kiyai Anwar Musaddad-Ulama terkenal Indonesia:
"Kita tidak boleh menghukum kafir, sesat atau terkeluar daripada aqidah Islam terhadap orang yang memeprcayai kewujudan Al Mahdi, termasuk orang yang mengijtihjadkan atau menentukan seseorang itu sebagai Al Mahdi, kerana Al Mahdi tidak termasuk dalam senarai aqidah pokok."

Tuan Guru Haji Abdullah Long-guru agama terkenal dan pengamal Tariqat Naqsyabadiah,Muazzam Syah:
"Kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman mempunyai nas yang mutawatir yang boleh didapati dalam kitab-kitab karangan ulama muktabar. Bagaimanapun ini bukan soal aqidah."

Tuan Guru Syed Omar Al Idrus (cucu waliyullah Tukku Paloh, Terengganu):
"Persoalan Imam Mahdi itu sendiri menjadi khilafiah para ulama."

Dr. Mahmud Saedon-pensyarah UIA, 1988:
"Kepercayaan kepada konsep Imam Mahdi bukan persoalan aqidah yang terpokok dalam Islam."

Puluhan malah mungkin ratusan hadith dan atsar tentang Al Mahdi boleh kita muatkan di sini namun antaranya terdapat yang dhaif malah yang palsu.

Berikut adalah hadith-hadith yang saya pegang (secara peribadi-boleh jadi betul atau salah pada orang lain):

"Dunia tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku (Muhammad bin Abdullah) memerintah seluruh bangsa Arab."
(Turmizi)

"Jika tinggal hanya sehari saja lagi sebelum kiamat tiba, nescaya Allah akan mengutuskan saeorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penindasan."
(Abu Daud)

"Al Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah daripada kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja."
(Ibnu Majah)

"Al Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun."
(Abu Daud)

"Al Mahdi itu adalah daripada keturunanku, daripada anak-anak Fatimah."
(Ibnu majah & Abu Daud)

Walaupun banyak hadith dan riwayat yang palsu dan dhaif tentang Al Mahdi,. namun jika dihimpunkan kesemua khabar dhaif dan hasan yang ada, maka secara mutawatirnya Al Mahdi memang wujud.
Ini juga adalah pegangan saya secara peribadi, dan saya tidak pula berusaha untuk mengajak orang lain mempercayainya kerana ia bukanlah perkara pokok dalam agama.
Apa yang paling PENTING, janganlah isu yang kedudukannya di hujung agama ini dijadikan perbalahan dan saling menyesatkan. Kita saling menghormati pendapat orang lain asalkan mereka ada hujah yang baik.

Sebagai tambahan:

Saidina Umar Al Khatthab pernah meramalkan bahawa pada suatu masa nanti akan lahir daripada sulbinya( keturunannya) seorang yang bersifat sepertinya malah bernama seperti namanya.
Ini adalah riwayat yang amat biasa- tidak banyak sanad- tidak mutawatir- tidak dipandang orang pun- tidak dinanti-nantikan kedatangannya- tidak bertaraf sahih pun perkataan S. Umar ini. Namun ternyata ramalan sedhaif ini benar apabila munculnya Khalifah Umar Abdul Aziz!
Bandingkan dengan riwayat tentang Al Mahdi yang jauh lebih kuat berbanding ramalan Saidina Umar- banyak riwayatnya- mutawatir-disokong banyak ulama- dinanti-nantikan kedatangannya, ada hadith-hadithnya yang bertaraf hasan... maka tidak mustahil Al Mahdi memang wujud.


Apa kaitannya dengan kita umat Islam...

Untuk mereka yang percaya:
Kalau kedatangan Al Mahdi memang benar, mereka mendapat keuntungan kerana sedikit sebanyak telah ada persediaan sekurang-kurangnya untuk menjalani kehidupan pada zaman Al Mahdi. Lebih bertuah lagi kalau dapat berjuang bersama-sama Al Mahdi dan tidak mustahil mereka sedang berada dalam jemaah yang bakal menjadi tentera Mahdi itu sekarang.Perjuangan mereka juga akan lebih tersusun kerana sudah tahu ke mana arah Al Mahdi menakluk, bila, selepas apa, apa tentera atau musuh yang akan dihadapi selepas ini berpandukan hadith-hadith tentang perjuangan Al Mahdi. Umat Islam tidak akan terburu-buru untuk mengusir Yahudi daripada Palestine kerana sedia maklum yang para Yahudi itu dikumpulkan Tuhan di Palestine hanyalah untuk melengkapkan ramalan akhir zaman tentang pembantaian besar-besaran umat Yahudi di sana oleh Al Mahdi, Nabi Isa as dan tentera Islam.
Kalau tidak benar- mereka tidak akan kerugian apa-apa kerana ia melibatkan kepercayaan sahaja.

Untuk mereka yang tidak percaya:
Kalau kedatangan Al Mahdi benar, mereka akan mengalami sedikit kerugian kerana tidak bersedia untuk hidup dan berjuang mengikut keperluan semasa era Al Mahdi. Ditakuti juga mereka akan termenentang jemaah Al Mahdi tanpa disedari.
Kalau kedatangan Al Mahdi tidak benar, mereka tidak rugi apa-apa dan tidak untung apa-apa.

Tamsilan:
Sekiranya selepas kita mati ternyata syurga dan neraka itu memang wujud, maka orang yang percaya punyai peluang cerah untuk selamat kerana mereka telah beramal di dunia. Kalau tidak ada pun, mereka hanya rugi masa di dunia selama 70-80 tahun sahaja kerana banyak beribadah.
Sekiranya selepas mati syurga dan neraka memang ada, maka orang yang tidak percaya akan rugi selama-lamanya- bertrillion tahun. Kalau tidak adapun, mereka masih tidak untung apa-apa.
Kita boleh membuat pilihan yang bijak.

Siapakah yang paling kuat beruasaha agar umat Islam tidak percaya kepada Al Mahdi?

Tidak lain adalah Yahudi laknatullah... kerana mereka tidak mahu umat Islam bersatu dengan Al Mahdi lalu mendapat kemenangan menghancurkan mereka. Pelbagai jarum-jarum halus ditusukkan sama ada dari luar atau dari dalam Islam sendiri agar umat Islam tidak mempercayai hal ini.

Akhirnya, dari sudut pandangan perjuangan gerakan Islam:

Para sahabat menjayakan zaman Mekah dan Madinah yang pertama dengan adanya satu peribadi agung bersama mereka iaitu Rasulullah. Pejuang Islam hari ini tanpa satu peribadi agung mahu kembalikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua.
Bolehkah?
Para sahabat sendiri tidak mampu melakukannya tanpa satu peribadi agung, bagaimana para pejuang hari ini dapat merealisasikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua tanpa satu peribadi agung?
Kita faham, pejuang hari ini tidak sehebat para sahabat. Logikkah kita yang tidak sehebat para sahabat ini dapat mengulangi kejayaan para sahabat+1 peribadi agung?
Maka untuk menyeimbangkan kuasa para sahabat dan peribadi agung ini, zaman Mekah dan Madinah kedua hanya akan direalisasikan dengan gabungan Al Mahdi dan ikhwan hari ini. Namun itu belum cukup, kerana Al Mahdi tidak setanding Rasulullah manakala ikhwan hari ini tidak setanding para sahabat.
Maka untuk medekatkan jurang ini, diturunkan bersama Al Mahdi dan ikhwan pejuang hari inisatu lagi peribadi agung iaitu Nabi Isa.

Zaman gemilang 1 dilakukan oleh Nabi Muhammad bin Abdullah + sahabat.
Zaman gemilang 2 dilakukan oleh Al Mahdi Muhammad bin Abdullah + ikhwan + Nabi Isa.

Tamat pandangan peribadi ana.

Alexanderwathern 2005
(*Jawapan di atas dibuat secara terus, tanpa rujukan yang mendalam. Maka tidak mustahil banyak kekurangan).

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article16.html&mode=&order=0&thold=0

Sunday, March 25, 2007

APA ITU SAKA?

SOALAN

Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?


PANDANGAN

APA ITU SAKA?

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.

Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.

TANDA-TANDA SAKA

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.

Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.

ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?

Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.


1. Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.
2. Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.
3. Org yang tak tahu dia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang lain.

Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.

Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.

Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.

BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?

Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.

Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan

Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, cuma kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.


Kaedah tradisional:

Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.

Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.

Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.

Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.

Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua .

Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.

Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.

Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu.

Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.

Saya mencadangkan cara rawatan Islam Darus Syifa oleh DR Haron Din dan anak buahnya. Tetapi kaedah rawatan mereka memerlukan sama usaha orang yaag nak dirawat, bukan usaha perawat sahaja. Org yang dirawat mesti meningkatkan ilmu,iman dan amal mereka sendiri untuk membuang dan seterusnya menghalang daripada si saka kembali. Ini lebih baik.

WA.


Alexanderwathern
2006