Tuesday, April 24, 2007

MEREKA SANGGUP KETEPIKAN AL-KITAB DAN AS-SUNNAH

MEREKA SANGGUP KETEPIKAN AL-KITAB DAN AS-SUNNAH
(Evolusi Wahabi Untuk Mengelak Kepupusan)

PERTAMA
Asalnya Salafi Lapok/ Palsu mahu mengorek kubur dan mengubah jasad Rasulullah, Abu Bakar dan Umar ke luar daripada masjid. Pihak Syiah juga umumnya bercita-cita begini mahu mengorek keluar mayat khalifah pertama dan kedua itu keraan mereak menganggapnya dua berhala Quraisy.
Oleh kerana kaum Salafi Lapok takut akan kemarahan umat Islam sedunia, hasrat itu dibatalkan. Bukankah sepatutnya kita takut akan Allah? Kalau benarlah fahaman Tajdid Lapok mereka itu, semestinyalah ubah sahaja jasad-jasad itu. Kan itu tuntutan al-Kitab dan Sunnah?
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menjaga kepentingan politik.

KEDUA
Asalnya azan mereka tidak berlagu kerana kononnya mengikut sunnah, seperti laungan Bilal. Tapi kemudianya berubah. Kini para muazzin Salafi Lapok bukan main sedap lenggok azan mereka.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menambah bilangan penyokong.

KETIGA
Asalnya mazhab-mazhab semuanya berdosa dan sesat (atas kata kunci bid’ah). Oleh kerana fahaman mereka tidak mendapat tempat, mereka berubah haluan dengan mengajar pula kitab-kitab mazhab seperti kitab-kitab Mazhab Syafie, tapi dengan huraian Tajdid Lapok. Dengan taktik ini maka pengikut mereka bertambah ramai. Maklumlah, yang mendengar kupasan kitab itu kebanyakannya jahil dan kurang kefahaman agama. Maka bertambahlah pengikut mereka.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menambah bilangan penyokong.

KEEMPAT
Asalnya menghukum sesat dan berdosa (atas kata kunci bid’ah) ke atas semua jemaah-jemaah Islam. Katanya hanya 1 golongan selamat daripada 73 golongan. Populariti punya pasal, perlahan-lahan dikendurkan hukum bid’ah itu. Kemudian kaitkan beberapa orang tokoh jemaah-jemaah itu dengan fahaman mereka. Maka pengikut mereka pun bertambah ramai.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menambah bilangan penyokong.

KELIMA
Mula-mula menghukum sesat dan berdosa (atas kata kunci bid’ah) kepada sambutan Maulidur-Rasul. Mereka membelakangkan al-Kitab dan as-Sunnah lagi apabila mengetahui yang Hasan al-Banna dan tokoh-tokoh Ikhwan memang menyambut Maulidurrasul. Laman-laman web Ikhwan seluruh dunia terpapar “banner” ucapan Maulidurrasul. Malah Maulidurrasul menjadi salah satu daripada hari kebesaran orang-orang Islam diambil peluang oleh Ikhwan untuk berdakwah. Dr. Qardhawi sendiri tidak membidaahkan Maulidur-Rasul walaupun baginya tiada bidaah hasanah. Nyatalah fahaman “tiada bidaah hasanah” bagi Qardhawi dan tokoh-tokoh Ikhwan sebenarnya tidak sama langsung dengan “tiada bidaah hasanah” kumpulan Salafi Lapok ini. Cuma mereka yang terperasan lalu menjaja nama Qardhawi ke sana sini.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menambah bilangan penyokong.

KEENAM
Mereka menentang kekhalifahan Islam. Mereka menyerang wilayah Turki Uthmaniyah. Mereka sebenarnya membantu Barat menjatuhkan kehalifahan Islam. Mereka menyerang kota Makkah. Mereka membunuh dan mengusir keturunan Rasulullah di Makkah. Mereka tidak pernah menyerang Yahudi. Tidak pernah menyerang Kristian. Tidak pernah menyerang musuh-musuh Islam. Sejarah berulang, mereka membantu lagi Barat menyerang sebuah negara umat Islam iaitu Iraq. Dihukumnya kafir pemerintah Iraq. Mereka kecam habis-habisan tokoh Syiah yang membantu kaum Tartar menjatuhkan kekhalifahan Islam di Baghdad. Tapi mereka sendiri yang membantu Barat menjatuhkan kekhalifahan Islam di Turki bagaimana? Mereka sendiri membantu tentera kufar menjatuhkan dan membunuh Saddam Hussein (sebenarnya umat Islam) di Iraq apa hukumnya? Mereka yang menyokong pembunuhan Mujahiddin (melalui Taliban) di Afghanistan selepas era Soviet apa hukumnya?
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menguatkan pengaruh dan kedudukan di muka bumi.

KETUJUH
Mereka hentam Sayyid Qutb bersama tafsir Fi Zilalil Qurannya. Ada yang menghukum kafir, wahdatul wujud (yang mereka tidak pernah faham apa maksudnya), sesat, bidaah dan sebagainya. Alih-alih Sayyid Qutb rupanya antara tokoh lagenda Ikhwan. Kitab tafsirnya menjadi teks rujukan utama Ikhwan malah dipuji sebagai paling relevan untuk kurun yang lalu oleh Buya Hamka (Muhammadiyyah, Indonesia). Maka mengendurlah pula dakwaan mereak terhadap Sayydi Qutb… nak jaga penyokong rupanya.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menjaga jumlah penyokong.

KELAPAN
Mulanya mereka kata majlis kenduri arwah dan tahlil berdosa dan akan ke neraka. Sesiapa yang melibatkan diri dalam hal-hal kemungkaran maka dosanya sama seperti yang melakukannya, tidak berkurang walaupun sedikit.- itu hadis Nabi.
Samalah seperti kita yang tidak minum arak dan bergaul bebas dengan wanita-wanita bukan mahram, tapi kita duduk-duduk dalam majlis kawan-kawan kita yang sedang minum arak dan berpegang-pegang dengan wanita bukan mahram. Apa hukumnya?
Yang peliknya akhir-akhir ini sudah ada “trend” baru! Kalau ada jemputan tahlil arwah, sebahagian daripada mereka akan pergi! Mereka duduk sekali! Cuma tidak berzikir dan membaca apa-apa. Waktu orang makan mereka ada yang makan dan ada yang tidak makan. Kononnya dengan cara itu mereka tidak melakukan bidaah dan tidak berdosa.
Lucunya.
Lepas ini bolehlah kita duduk-duduk dalam majlis kawan-kawan kita yang menunggang arak asalkan kita tidak minum arak. Nak raikan kawan-kawan kononnya agar tak timbul masam muka.
Apa yang pasti, mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menjaga hati masyarakat.

Banyak lagi evolusi dan mutasi yang berlaku ataupun dilakuakn oleh penganut fahaman Tajdid Lapok ini. Mereka sendiri tahu tajdid yang mereka laung-laungkan adalah lapok, maka begitu banyak fahaman asal mereak kini sudah diubahsuai. Kalau tidak diubahsuai, tidak mustahil akan pupuslah perjuangan Salafi Lapok. Tapi tanpa mereka sedari dalam berevolusi dan bermutasi ini mereka sebenarnya sudahpun mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah- dulu kata tak boleh, kini sudah boleh.

Tinggalkan dakwah Tajdid Lapok yang tidak ada ketetapan pendirian ini, marilah bersama dakwah Tajdid Segar yang masih seperti itu juga sejak zaman Rasulullah SAW. Buatlah perubahan sekarang.

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Alexanderwathern
24 APRIL 2004

Sunday, April 22, 2007

PERSOALAN-PERSOALAN TENTANG TAJDID SEGAR

PERSOALAN-PERSOALAN TENTANG TAJDID SEGAR

Apakah Tajdid Segar?

Tajdid Segar adalah dakwah pembaharuan dalam agama. Ia adalah tajdid sebenar atau tajdid tulen sebagaimana yang dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW dan para salafussoleh pada zaman mereka dahulu. Sepatutnya ia disebut tajdid sahaja, tetapi untuk membezakan tajdid sebenar dengan Tajdid Hambar yang dibawa oleh golongan Salafi Lapok, kita namakan ia sebagai Tajdid Segar.

Bolehkah agama dibaharukan?
Tajdid Segar membawa pembaharuan dalam agama, bukan pembaharuan agama. Tambahan pula, yang dimaksudkan dengan pembaharuan ini pada hakikatnya adalah pengulangan semula tajdid asal sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW setelah ia dirosakkan oleh golongan Salafi Lapok yang membawa Tajdid Hambar atau Tajdid Lapok.

Apa yang dibaharukan?

Pembaharuan yang dimaksudkan berlaku dalam banyak perkara terutamanya dari segi teknik dan taktik berdakwah.

Pada zaman Nabi mana ada Tajdid Segar.
Apa yang dibawa oleh Nabi itulah Tajdid Segar, cuma pada zaman itu ia belum diistilahkan sebagaimana namanya hari ini. Samalah seperti istilah mustalah hadis, tasauf, sufi, mantik, balaghah dan lain-lain.

Mengapa baru sekarang Tajdid Segar dihebohkan?
Kerana inilah masa kemunculannya yang paling sesuai.

Apa beza Tajdid Segar dengan tajdid yang dibawa oleh golongan Salafi-Wahabi?
Banyak. Untuk memahaminya eloklah kita baca artikel bertajuk DAKWAH TAJDID SEBENAR di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0
sebagai permulaan.

Apakah Tajdid Segar ini satu jemaah?
Bergantung kepada maksud “jemaah’ yang masing-masing maklumi. Tapi secara umumnya Tajdid Segar bukanlah satu jemaah tertentu. Ia lebih berupa satu gelombang yang melanda semua jemaah Islam yang ada. Inilah gelombang tajdid sebenar, yang akan menyatukan seluruh jemaah Islam yang benar.

Bolehkah dakwah Tajdid Segar ini pergi jauh sedangkan para pencetusnya bukanlah para ulama, cuma golongan muda yang berbekalkan semangat saja?
Barisan pencetus Ikhwanul Muslimin pada awalnya terdiri daripada tujuh orang anak muda saja dan mereka bukan ulama. Mereka hanya berbekalkan serba-sedikit pengetahuan agama dan semangat. Akhirnya Ikhwanul Muslimin mempunyai jutaan pendokong di seluruh dunia dan antara ahli-ahlinya adalah Syeikh Fathi Yakan, Syeikh Ramadhan al-Buti, Syeikh Yusuf Qardhawi, Syed Qutb, Syeikh Mustafa Siba’ie, Syeikh Said Hawa, Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Syeikh Abdul Majeed al-Zindani dan banyak lagi para ulama muktabar.

Apakah usaha-usaha Tajdid Segar dalam masa terdekat ini?
1. Menyebarkan fikrah Tajdid Segar kepada seluruh umat Islam
2. Mengekang dakwah Tajdid Hambar oleh golongan Salafi Lapok
3. Meneutralkan seberapa ramai Salafi Lapok
4. Menyebarkan idea-idea perapatan ukhwah dan halatuju antara jemaah-jemaah Islam
5. Tajdid diri sendiri terlebih dahulu (ini yang terpenting)

Bersambung…

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Abu Zulfiqar “Alexanderwathern”
20 APRIL 2007

Untuk kefahaman maksima, ada baiknya para pembaca meneliti artikel-artikel sebelum ini seperti:

Artikel Pertama
DAKWAH TAJDID SEBENAR
">

Artikel Kedua
QARDHAWI TOLAK DAKWAH TAJDID LAPOK OLEH SALAFI LAPOK
">

Artikel Ketiga
PELUMBA TAJDID
">

PELUMBA TAJDID

PELUMBA TAJDID

* Artikel ini menggunakan bahasa kiasan yang tinggi, calang-calang pembaca tidak mampu memahami isinya. Oleh itu, tuan puan bacalah dengan berhati-hati dan cuba gambarkan suasananya. Untuk membantu mereka yang tidak berjiwa sastera dan seni, saya masukkan sedikit penerangan dalam kurungan. Tapi, hilanglah sikit nilai sasteranya. Begitulah kalau orang sastera berkarya.

Berkerut dahi Bang Guru mendengar soalan salah seorang pendengar kuliah tajdidnya. Kemudian Bang Guru meneruskan lagaknya seperti seorang yang berwibawa sambil tertawa dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“He he he he… maaacam-macam la orang Melayu ni. Belum habis dengan bid’ah, timbul pulak Tajdid Segar. Ini pun satu lagi bid’ah orang Melayu.”
“Adoooiii… mana pulak datang Tajdid Segar ni? Kalau tajdid tu, tajdid je la… macam yang saya kuliahkan… macam yang tuan-tuan perjuangkan selama hari ini. Apa pulak nak Tajdid-tajdid Segar ke, Tajdid Bugar ke, Tajdid Hambar ke…. Ini semua mengarut. Inilah dia fitnah akhir zaman.”
Bang Guru menghirup air kosong yang disediakan untuknya lalu menyambung, “Zaman sahabat ada ke pembahagian tajdid? Tapi ini bukan benda yang mengejutkan, sebab bid’ah pun mereka buat macam-macam pembahagian. Biarlaaah… setiap bidaah sesat dan setiap yang sesat akan ke neraka.”
“Ha ha ha..” para peminat Bang Guru tertawa seronok mendengar hamba-hamba Allah yang sebangsa dan seagama dengan mereka, termasuklah bapa-bapa dan datuk nenek mereka dahulu akan masuk neraka.

Begitulah antara aksi-aksi yang bakal muncul tidak lama lagi. Biasalah, para pejuang Tajdid Segar sememangnya melatih diri mereka untuk berpandangan jauh ke depan tanpa meninggalkan perkara-perkara berguna dari masa lalu. Seimbang begitu. Biasanya mereka sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Ini berbeza dengan mereka yang mengaku Salafi tetapi memperjuangkan Tajdid Lapok atau Tajdid Hambar, fokus mereka lebih banyak melihat ke belakang daripada ke depan. Mereka mahu umat Islam terus mundur ke belakang dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan perbalahan masa silam dan membawanya ke masa akan datang.

Ibarat orang memandu kereta, pandangan banyak ke hadapan, sesekali melihat ke belakang melalui cermin sisi. Dalam pada itu, pedal (Al Quran) dan stereng (as-Sunnah) masih bersentuhan dengan diri. Begitulah pemandu kereta Tajdid Segar.
Tapi bagi golongan Salafi Lapok atau Salafi Hambar, sambil memandu mata lebih banyak melihat ke belakang melalui cermin. Akhirnya pedal tersilap tekan dan stereng terubah haluan lalu terlibat dengan kemalangan. Dalam pelumbaan, asyik tewas dengan lawan-lawannya (musuh-musuh Islam).
Lawan-lawannya dalam kereta-kereta lain (musuh-musuh Islam) memang seronok berlumba dengan pemandu kereta Tajdid Lapok atau Tajdid Hambar sebab mereka tahu… pemandu jenis ini akan lebih banyak melihat ke belakang daripada melihat ke depan. Tapi kalau dengan pemandu kereta Tajdid Segar, mereka cukup gerun.

Sungguhpun para pemandu Tajdid Segar dan Tajdid Lapok berada dalam satu pasukan (macam McLaren Honda) iaitu pasukan McSalam (agama Islam), tapi para pemandu Tajdid Hambar sangat susah mahu mewujudkan semangat berpasukan dan semangat kekitaan. Mereka asyik pertikaikan sesama ahli pasukan McSalam terutamanya kepada para pemandu Tajdid Segar- siapa lebih hebat, siapa lebih betul, siapa paling tulen (paling salaf) dan pelbagai lagi isu-isu yang membuahkan perbalahan. Bahkan sesama pemandu Tajdid Hambar pun wujud lima enam klik yang saling sesat-menyesat antara satu sama lain.
Yang hairannya, dua pasukan yang saling bermusuhan sampai berbunuh-bunuhan iaitu pasukan McChrist (Kristian) dan McJew (Yahudi) boleh pula bekerjasama dalam mengalahkan kereta-kereta pasukan McSalam.
Sebab itulah, dalam mana-mana litar pelumbaan pun baik di Suzuka, Jepun (ekonomi), Sepang (budaya), di Eropah (teknologi) dan lain-lain sentiasa saja dimenangi oleh pelumba-pelumba pasukan McChrist ataupun McJew. Pelumba-pelumba McSalam… sejak ujian masa lagi sudah menempah petak-petak terakhir.

Namun para pemandu Tajdid Segar tetap berusaha mewujudkan perpaduan dan sedia bertolak-ansur sesama sendiri walaupun berbeza pembawaan. Ini kerana mereka datang dari tempat-tempat yang berlainan. Ada yang dari Desa Naqsyabandiah, ada yang dari Kampung Tabligh, ada dari Bandaraya Ikhwanul Muslimin, dari Taman Hizbut-Tahrir, dari Bandar Hamas, Rumah Murah Ahmadiah, Pos ABIM, Tebok JIM, Sungai ISMA, Changkat Parti Islam, Kuala Qadiriah, Batu 16 Syaziliah dan lain-lain.
Untuk mewujudkan perpaduan, mereka menumpukan usaha dalam hal-hal yang disepakati. Hal-hal yang dikhilafkan mereka berusaha menghindarkannya, tapi jika ada lebihan masa dan keadaannya sesuai, mereka tetap bertukar-tukar fikiran dalam suasana damai.

Sebelum ini, para pelumba kereta Tajdid Segar belum benar-benar bersatu. Merekan menentang cara para pemandu Tajdid Hambar secara sendiri-sendiri. Sebenarnya mereka telahpun memperjuangkan idea-idea Tajdid Segar, cuma belum dicetuskan secara global. Kini, dengan adanya inisiatif golongan muda dalam pasukan Tajdid Segar, idea-idea Tajdid Segar sudah berdiri sebagai satu ilmu dan bersifat global.
Fenomena ini amat menggemparkan pasukan-pasukan yang anti-McSalam terutamanya McChrist dan McJew. Belum pernah mereka melihat pasukan McSalam yang bersatu sebagaimana yang dibuat oleh para pemandu kereta Tajdid Segar. Di mata mereka sudah terbayang kekalahan. Zaman kegemilangan pasukan McSalam ketika diterajui oleh pemandu lagenda Muhammad bin Abdullah dulu dirasakan akan berulang kembali.

Tapi… rupa-rupanya barisan pemandu Tajdid Hambar lebih ketakutan! Sebahagian pemandu mereka sudah berpaling tadah menyertai barisan Tajdid Segar. Sebahagian lagi masih bersama Tajdid Hambar namun sudah tidak melaksanakan kesemua idea-idea Tajdid Hambar. Yang benar-benar perjuangkan idea-idea Tajdid Hambar kini hanyalah golongan mereka yang baru menceburkan diri dalam sukan lumba kereta (dunia agama) yang kebanyakannya berusia belasan tahun dan dua puluhan, masih berhingus dan menyokong tanpa ilmu lumba kereta yang memadai. Mereka taqlid buta kepada syarahan-syarahan dan artikel-artikel tokoh-tokoh pelumba Tajdid Hambar. Satu lagi golongan yang masih banyak dalam barisan pelumba Tajdid Hambar ialah mereka yang sudah ada nama, ataupun sudah ada pangkat ataupun yang ada kepentingan maruah dan periuk nasi saja lagi. Nampaknya, era pasukan Tajdid Hambar sudah sampai ke penghujung, senasib dengan era pasukan McChrist dan McJew.

Kepada para pelumba baru ataupun pelumba lama yang ingin aktif kembali, kami menawarkan tempat untuk anda dalam kumpulan Tajdid Segar di bawah naungan pasukan McSalam. Idea-idea kejayaan berada di tangan kami dengan izin Allah. Bahkan sejak dahulu kami masih menjadi “pelumba pertama” untuk pasukan McSalam, maka jentera kami adalah yang terbaik daripada jurutera dan mekanik pasukan McSalam.

Anda, wahai pelumba pada jalan Allah… pasukan manakah yang anda pilih? Tajdid Segar atau Tajdid Hambar?

Jawapan: ……………………………………..

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Alexanderwathern

19 APRIL 2007

DAKWAH TAJDID SEBENAR

DAKWAH TAJDID SEBENAR

Beberapa forum, laman dan blog mendakwa memperjuangkan tajdid dalam agama. Namun apabila kita mengembara ke dalam ruangan mereka, kita akan tertanya-tanya- apa benda yang didakwa tajdid dalam laman ini? Umumnya yang nampak hanyalah dakwah lama yang sudah tidak layak dipanggil tajdid lagi. Sebab itu ada pihak mengatakan , “Ini bukan dakwah tajdid, tapi dakwah takjadi.”

Kata-kata ini ada benarnya juga walaupun nampak macam tuannya hendak berkelakar atau menyindir. Ini kerana apa yang diperjuangkan oleh pihak-pihak itu ternyata benda-benda lapok lagi sudah basi. Itupun dinamakan tajdid? Yang kita tahu, tajdid benda baru. Yang mereka bawa tidak lain dakwah perpecahan umat masakini. Dakwah ini sudah lama berlalu. Ia sudah “out of date” pada zaman ini.

Antara isu yang didakwa sebagai tajdid ialah menghukum berdosa (melalui kata kunci “bidaah”) majlis tahlil, sambut Maulidurrasul, dunia kesufian, Sifat 20, takwil dan banyak lagi. Inikah tajdid? Dicetuskan ratusan tahun lalu pun tajdid juga? Nyata mereka ketinggalan zaman. Dakwah tajdid ini kalau manusia sudah terlalu tua usianya. Untuk memudahkan pemahaman, selepas ini saya akan menamakannya “Tajdid Lapok”. Tajdid Lapok ini sudah tidak layak disebut tajdid, tapi tak apalah. Kira tajdid jugalah agar golongan yang memperjuangkannya tidak terlalu kecil hati.

Yang hendak kita promosikan sekarang bukan Tajdid Lapok tapi Tadjid Segar dalam agama. Apakah Tajdid Segar? Ia adalah dakwah tajdid yang relevan dengan kurun ini, sedangkan dakwah Tajdid Lapok sepatutnya disimpan dalam muzium sahaja. Ada banyak perkara, tapi sebahagiannya tidak dinyatakan di sini kerana belum sampai masa untuk umat menerimanya. Biar lambat asal selamat.

Kita bentangkan dalam bentuk perbandingan agar pemahaman pembaca di tahap maksima.


TAJDID LAPOK
Apabila terjumpa orang, dia akan melihat apa perbezaan fahaman antara dirinya dengan orang itu terlebih dahulu. Baginya perbezaan ini adalah lebih penting daripada mencari persamaan. Tajdid Lama ini banyak membawa kerosakan dan perpecahan umat. Ia juga disokong oleh musuh-musuh Islam kerana membantu mereka mewujudkan perpecahan umat Islam.

TAJDID SEGAR
Apabila terjumpa orang, dia akan melihat apa persamaan fahaman dirinya dengan orang itu terlebih dahulu. Baginya mencari persamaan adalah lebih penting daripada mencari perbezaan fahaman. Tajdid Segar ini sangat berkesan untuk membawa perpaduan. Ia sangat digeruni oleh musuh-musuh Islam.


TAJDID LAPOK
Umumnya tidak menyokong gerakan-gerakan Islam yang ada seperti jemaah-jemaah sufi, parti-parti politik Islam, Ikhwanul Muslimin, jemaah Tabligh, Hizbut Tahrir, ABIM, JIM, ISMA dan lain-lain. Bagi mereka gerakan-gerakan ini hanya memecah-belahkan umat Islam menjadi 73 golongan sedangkan yang selamat hanyalah satu golongan sahaja iaitu mereka sendiri. Ada juga segelintir yang simpati dengan gerakan-gerakan Islam tapi mereka tetap tidak menjadi aktivisnya. Kalau jadi ahli pun sekadar ada nama sahaja. Nak kata digalakkan menyertai pun tidak, paling kuat kata harus saja. Mereka lebih utamakan perjuangan Tajdid Lapok. Kebanyakannya menghukum berdosa (melalui kata kunci bidaah) malah tidak akan selamat di akhirat ke atas semua gerakan Islam itu. Tajdid jenis ini memang menjadi kesukaan musuh-musuh Islam.

TAJDID BARU
Menggalakkan perkembangan jemaah-jemah Islam yang ada. Walaupun berbeza pasukan namun saling hormat-menghormati dan meraikan. Malah dari hari ke hari mereka berusaha mencari keselesaan untuk berjuang bersama. Pandang global, bergerak sebagai satu umat. Tajdid Segar ini amat digeruni musuh.


TAJDID LAPOK
Menghabiskan sebahagian besar masa, tenaga dan harta untuk membincangkan isu-isu khilaf. Seolah-olah itu sajalah perjuangan utama mereka dan itulah agama Islam. Tajdid Lapok ini direstui penuh musuh-musuh Islam. Mereka mahu umat Islam terutamanya golongan ulama sentiasa dalam keadaan bertelingkah. Kalau para ulama sudah berbalah, apa lagi orang awam.

TAJDID SEGAR
Mengutamakan isu-isu utama. Isu khilaf tidak ditinggalkan tetapi bukan menjadi agenda utama. Jika ada keluangan masa dalam memperjuangkan isu-isu utama, barulah dibuka isu-isu khilaf. Ini kerana telah terbukti bahawa isu-isu khilaf telah dibincangkan abad-berabad dan keputusannya, masih juga khilaf. Masa berabad-abad itu berlalu begitu sahaja tetapi keputusannya tetap sama. Ini membazir masa namanya. Kerja membazir ini sangat disukai Iblis dan syaitan. Jadi Tajdid Segar meletakkan perkara-perkara khilaf ke samping. Musuh-musuh Islam memang sakit hati dengan Tajdid Segar ini kerana umat Islam tidak ada masa untuk berbalah tetapi ada banyak masa untuk berhadapan dengan mereka.


TAJDID LAPOK
Biasanya menyebarkan perkara dusta dalam masalah “takwil, tak takwil”. Mereka umumkan “Salaf tak takwil, khalaf takwil”. Pembahagian ini kalau tidak disertai huraian sebagimana yang akan dinyatakan di bawah nanti, jelas satu pembohongan. Ini seolah-olah menggambarakn seluruh Salaf tak takwil dan seluruh khalaf takwil. Padahal pembahagian sebenarnya begini:

Salaf terbahagi kepada beberapa kelompok, bukannya satu kelompok sahaja sebagaimana pembohongan pembawa Tajdid Lama. Sekurang-kurangnya ada kelompok yang:
1. tidak takwil tapi tidak dijumpai bukti dia menegah takwil
2. kadang-kadang takwil dan kadang kadang tidak takwil
3. tidak takwil dan dia menegah takwil (yang ini saya perlu kaji lagi)
4. tidak diketahui pun sama ada dia takwil ataupun tidak, dan sama ada dia menegah takwil ataupun tidak

Khalaf pula sekurang-kurangnya terbahagi kepada kelompok yang:
1. takwil
2. kadang-kadang takwil dan kadang kadang tidak takwil
3. tidak takwil dan dia menegah takwil (ini golongan penjuang Tajdid Lama)
4. tidak takwil tapi tidak menegah takwil
5. boleh takwil dan boleh tidak takwil.

Jadi pembohongan yang mengatakan “Salaf tak takwil, khalaf takwil” sepatutnya sudah lama dibakulsampahkan. Mereka mahu umat Islam seboleh-bolehnya percaya bahawa 100% salaf tak takwil. Padahal Imam Ahmad sendiri mentakwil hadis Nabi:

“Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di muka bumi.”
(Al Hakim)

‘Hati orang beriman antara dua jari-jemari Ar-Rahman.”
(Muslim)

“Aku dapat rasakan nafas Ar-Rahman dari sebelah Yaman.”
(Ahmad)

SUMBER: Majmuk Rasail Hasan al-Banna.

Kata al-Banna:
“Sebagaimana yang anda tahu, masalah yang dibincangkan sedikti sahaja dan membabitkan masalah yang mana SEBAHAGIAN ULAMA SALAF SENDIRI ADA MEMBUAT PENTAKWILAN.”

Jelas bagai matahari di tengah hari yang cerah- dakwah “Salaf tak takwil, khalaf takwil” oleh penggerak Tajdid Lapok adalah penipuan terhormat. Kalau mereka jujur, pastinya mereka akan berkata “Salaf ada yang takwil dan tak takwil, khalaf pun begitu juga”.
Mengapa dakwah mereka begitu? Mudah saja. Tentulah dengan tujuan untuk menakut-nakutkan umat Islam agar tidak berani takwil kerana kononnya bertentangan dengan Salafussoleh, bertentangan dengan Sunnah dan bertentangan dengan Islam. Maka umat Islam yang jahil dalam hal inipun akan bersama-sama mereka menghentam ulama-ulama khalaf yang takwil.
Musuh-musuh Islam tersenyum lebar. Teruskan… teruskan…. kata mereka sambil bertepuk tangan.

TAJDID SEGAR
Kita sebarkan “Salaf banyak tak takwil tapi ada yang takwil, khalaf banyak yang takwil tapi ada yang tak takwil dan ada yang tak mahu takwil.”-sebagai contoh. Ini boleh diperhalusi lagi.


TAJDID LAPOK
Apa saja idea-idea yang bertentangan dengan mereka dengan kadar segera dan seboleh-bolehnya dikaitkan dengan Syiah.

TAJDID SEGAR
Idea-idea yang bertentangan dengan idea kita akan diselidiki sedalam-dalamnya terlebih dhaulu sebelum mengaitkannya dengan Syiah atau mana-mana pihak.


TAJDID LAPOK
Umumnya tidak ada harapan untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati bersama Syiah. Syiah dimusuhi semaksimanya. Umumnya menolak Syiah sepenuhnya hinggakan orang Syiah juga tidak ada hati untuk bekerjasam dengan mereka.

TAJDID SEGAR
Bekerjasama dengan Syiah dalam hal-hal yang disepakati. Umumnya tokoh-tokoh ala Tajdid Segar masih diterima oleh puak Syiah.


TAJDID LAPOK
“Bidaah” adalah satu hukum, seolah-olah hukum dalam Islam ada wajib, sunat, harus, makruh, haram dan bidaah. Keterlangsungan bagi bidaah adalah sama dengan haram atau berdosa. Ini mutlak.

TAJDID SEGAR
“Bidaah” bukan hukum. Hukum ke atas bidaah dijatuhkan mengikut keadaan “bidaah” itu sendiri. Sebab itu dalam kitab-kitab kita ada menemui ayat “bidaah yang makruh”, “bidaah lagi makruh”, “bidaah yang mungkar”, “bidaah yang tidak disunatkan (bidaah yang harus) dan seumpamanya.

Banyak lagi.
Cukuplah setakat ini dahulu. Insyaalah idea saya dalam hal ini tidak pernah kering dengan izin Allah.

Sekarang tugasan anda para pembaca.

PERTAMA
Anda pejuang Tajdid Segar ataupun pejuang Tajdid Lapok?

Jawapan: ________________________

KEDUA
Tajdid yang disukai oleh musuh-musuh Islam ialah Tajdid _________

KETIGA
Tajdidi yang relevan untuk kurun ini adalah Tajdid __________

Akhirnya, jangan malu-malu untuk mengakui anda sebagai pejuang atau penyokong Tajdid Segar. Kalau di laman mereka, mereka letakkan cogankata memperjuangkan “tajdid”, faham-fahamlah kita bahawa itu adalah Tajdid Lapok. Di laman kita juga kita boleh letakkan cogankata yang sama. Kami juga membawa tajdid. Oleh kerana perkatan “tajdid” mereka membawa maksud “Tajdid Lapok”, maka untuk membezakannya kita letakkan saja “Tajdid Segar”. Boleh juga “Tajdid Baru”, “Tajdid Sebenar”, “Tajdid Terkini”, “Tajdid Abad Ini”, “Tajdid Salaf” dan seumpamanya.
Untuk mereka, saya suka melabel “Tajdid Lapok” saja. Terpulanglah untuk anda melabelnya sebagai “Tajdid Orang Tua”, “Tajdid Basi”, “Tajdid Wahabi” dan lain-lain.

Diriwayatkan Sufyan ath-Thauri menegur kesalahan khalifah. Ketika dibantah khalifah dijawanya lebih kurang . “Aku mesti menegur perkara yang salah, kalau tidak… kencingu akan bertukar menjadi darah.” Dengan sebab itu dia dihukum bunuh tetapi diselamatkan Allah.
Saya tidak sahkan riwayat ini sebagai sahih, cuma ingin mengambil tamsilan bahwa begitulah sikap saya dalam hal ini.
Wallahulam.

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Alexanderwathern

13 APRIL 2007

Artikel ini ana tulis dengan pantas. Kalau ada apa-apa kesilapan insyaallah akan dibetulkan kemudian.

Friday, April 6, 2007

TIDAK BERMAZHAB ADALAH BID’AH PALING BAHAYA Dr. Said Ramadhan al-Buti

TIDAK BERMAZHAB ADALAH BID’AH PALING BAHAYA MERUNTUHKAN SYARIAT ISLAM
Oleh Asy-Syeikh Dr. Said Ramadhan al-Buti.



Tajuk asalya Al La mazhabiyyah Akhtarul Bid’atin Tuhaddidu Syari’atil Islam



@ ialah Dr. Said Ramadhan

# ialah seorang lelaki yang menolak fahaman bermazhab

(*dalam kurungan dan senget) ialah keterangan untuk pemahaman saya membaca.


DIALOG

@ Bagaimana cara anda memahami hukum Allah? Apakah anda mengambil terus daripada Al-Kitab dan as Sunnah atau mengambilnya daripada para Imam mujtahid?

# Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”.
(*Inilah cara lelaki ini mengeluarkan hukum. Pembaca tolong ingat hal ini)

@ Baiklah , kami ingin bertanya, apakah setiap orang Islam wajib meneliti dalil-dalil yang dikemukakan oleh para Imam mujtahid kemudian mengambil mana yang paling sesuai dengan al Quran dan as Sunnah?

# Ya , benar (semua orang wajib teliti dalil-dali para Imam Mujtahid kemudian pilih mana yang tersesuai dengan al Quran dan Sunnah)

@ Kalau begitu maksudnya semua orang Islam kena memiliki kemampuan berijtihad seperti yang dimiliki para imam mazhab. Bahkan mereka harus mempunya memiliki kemampuan yang lebih sempurna kerana orang-orang yang mampu memutuskan pendapat para imam menurut dasar Al Kitab dan as Sunnah sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu”.

# Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga jenis iaitu mujtahid, muqallid dan muttabi;. Orang yang mampu membandingkan mazhab , kemudian menyaring mana yang lebih dekat kepada Al Kitab dan As Sunnah , adalah muttabi’ iaitu pertengahan antara muqallid dengan mujtahid”.
(* Di sini si lelaki tidak menjawab soalan. Pembaca diharap dapat faham permainannya. Di sini fahamlah kita bahawa jawatan dan peranan muttabi’ nampaknya seolah-olah lebih tinggi daripada mujtahid kerana mujtahid sendiri tidak membanding-bandingkan mazhab, menyaring pendapat-pendapat imam mazhab lalu memutuskan pendapat para imam mazhab tersebut. Inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh sebagai “sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu.” )



@ Apakah sebenarnya kewajiban muqallid?
(* Syeikh faham kelonggaran hujah si lelaki lalu Syeikh mengikut saja peralihan yang dibuat oleh si lelaki)

# Taqlid (* mengikut)kepada mujtahid yang sesuai dengannya.

@ Apakah berdosa seandainya taqlid secara terus-menerus kepada seorang imam dan tidak berpindah kepada imam yang lain?

# Memang, hal itu hukumnya haram.
(* Bertaqlid terus kepada seorang imam seperti umat Melayu Nusantara yang sudah ratusan tahun bertaqlid kepada Imam Syafie dihukum haram oleh si lelaki. Rupanya sudah ratusan tahun umat Islam Melayu termasuklah para wali Allah, para ulama dan datuk nenek kita membuat pekerjaan haram)

@ Apakah dalilnya kalau hal itu memang haram?

# Kerana ia menetapi sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah.

@ Dengan qiraat apakah Anda membaca Al Quran?”.

# Dengan Qiraat Hafas.

@ Adakah anda selalu membaca Al Quran dengan Qiraat hafas, atau anda juga membaca Al Quran setiap hari dengan qiraat yang bermacam-macam?

# Tidak, saya selalu membaca Al Quran dengan qiraat Hafas.

@ Mengapa anda menetapi qiraat hafas, padahal Allah Azza wajalla tidak mewajibkan anda kecuali membaca Al Quran menurut riwayat yang diterima dari Nabi s.a.w. secara mutawatir?
(* Si lelaki telah terperangkap! Dia mengatakan haram kepada umat Islam yang berterusan mengikut satu-satu mazhab, tetapi harus pula bagi dirinya berterusan membaca ikut satu-satu qiraat. Nampak jelas hukum-hakamnya mengikut suka hati. Di bawah nanti akan lebih jelas bagimana dengan suka hati saja dia meletakkan/ mengeluarkan hukum dalam hal ehwal Islam)

# Kerana saya tidak sempurna dalam mempelajari qiraat yang lain dan tidak mudah bagi saya untuk membaca Al Quran selain dengan qiraat Hafas.

@ Demikian pula halnya bagi orang yang mempelajari fikih menurut mazhab As syafie . dia tidak cukup sempurna dalam mempelajari mazhab lain dan tidak mudah baginya untuk mempelajari hukum agama selain menurut Imam as Syafie. Kalau anda mewajibkan kepadanya untuk mengetahui ijtihad para imam dan mengambil semuanya, ini bererti anda pun wajib mempelajari semua qiraat dan anda harus membaca semuanya. Kalau anda beralasan tidak mampu, begitu juga halnya dengan si muqallid tadi.
(* Syeikh faham yang si lelaki tak akan sampai ke mana dengan hujah-hujah yang longgar begitu, lalu Syeikh kemukakan soalan lain)




@ Ringkasnya, kami ingin bertanya kepada anda, apakah alasan yang mewajibkan muqallid harus berpindah-pindah dari mazhab satu ke mazhab lain, padalah Allah Azzawa Jalla tidak mewajibkan seseorang untuk berpegang terus pada suatu mazhab tertentu , juga tidak mewajibkan seseorang berpindah-pindah terus dari satu mazhab ke mazhab lain?

# Sesungguhnya yang haram ialah kalau seseorang mempunyai iktikad ( keyakinan) bahawa Allah memerintahkannya untuk terus-menerus menetapi mazhab tertentu.

@ Ini masalah lain dan apa yang anda katakan itu ada benarnya juga, tidak ada perbezaan pendapat. Tetapi masalah sekarang ialah bagaimana kalau terus-menerus menetapi imam tertentu dan dia tahu bahawa Allah Azza wa Jalla tidak mewajibkannya begitu. Apakah dia telah berdusta?

# Tidak jika begitu.
(* Jelas- umat Islam contohnya di Nusantara yang bermazhab Syafie tidak melakukan perkara haram kerana mereka terus berpegang dengan Mazhab Syafie tetapi tidak pula mereka beranggapan Allah mewajibkan begitu)

@ Tapi , buku Syekh Khajandi yang anda pelajari menyebutkan hal yang berbeza dengan apa yang anda ucapkan . Ia secara tegas mengharamkan hal tersebut , bahkan pada bahagian tertentu dalam buku itu menyatakan kafir kepada orang yang menetapi secara berterusan seorang imam tertentu dan tidak mahu berpindah kepada yang lain.

# Di mana ……?

@ “ bahkan siapa yang menetapi seorang imam tertentu dalam setiap masalah , bererti ia fanatik yang salah dan taqlid buta, serta termasuk golongan yang memecah- belahkan agama, serta mereka pun berkelompok-kelompok”.

# Yang dimaksudkan dengan menetapi disini ialah meyakinkan wajibnya hal tersebut menurut syariat. Jadi dalam ibarat tersebut terdapat kekurangan.
(* Si lelaki berjaya mengelak dengan baik tetapi tafsiran begini memerlukan bukti penyokong)

@ Apakah bukti yang menunjukkan penulis buku tersebut bermaksud begitu? Mengapa anda tidak mengatakan bahawa penulis buku itu keliru?

(Atas pertanyaan ini, dia ( si lelaki) tetap berpendirian bahawa pernyataan dalam buku Halil Muslimun Bittibaa’I mazhabin mu’ayyanin Minal Mazaahibil Arba’ah dapat dibenarkan dan penulisnya pun tetap tidak salah kerana dalam pernyataan tersebut memang ada kekurangan)
(* Syeikh tidak mahu memanjangkan hal ini lagi kerana memang tidak akan ditemui bukti selain tafsiran si lelaki sendiri, maka Syeikh beralih kepada pertanyaan lain.)




@ Setiap orang Islam mengetahui bahawa mengikut seseorang imam tertentu daripada keempat-empat imam mazhab bukanlah termasuk kewajiban syariat, tetapi atas dasar pilihan (kesedaran ) orang itu sendiri.

# Bagaimana boleh jadi begitu? Saya mendengar daripada banyak orang dan juga sebahagian ahli ilmu bahawa diwajibkan secara syariat untuk menetapi mazhab tertentu dan tidak boleh berpindah-pindah kepada yang lain.

@ Cuba anda sebutkan kepada kami seorang saja daripada orang awam atau ahli ilmu yang menyatakan demikian.

(Dia kemudian berdiam sejenak dan berasa hairan dengan ucapan kami yang benar, bahawa sesungguhnya apa yang dia gambarkan (selama ini) adalah sebahagian besar manusia mengharamkan berpindah-pindah mazhab )

@ Anda tidak akan bertemu dengan orang yang bertanggapan keliru seperti itu. Memang pernah diriwayatkan bahawa pada zaman terakhir dinasti Uthmaniyah, mereka keberatan kalau ada seorang yang bermazhab Hanafi berpindah ke mazhab lain. Hal ini kalau memang benar, termasuk fanatik buta yang terkutuk.
(* Maksudnya perbuatan segelintir orang tidaklah boleh dihukumkan kepada kebanyakan orang- ini kaedah asas yang sedia kita maklum. Si lelaki sudah tidak ada apa yang hendak dikata lalu Syeikh beralih kepada soalan lain))




@ Dari mana anda mengetahui perbedaan antara muqallid dan muttabi.

# Perbedaannya ialah dari segi bahasa.

(Kami pun mengambil kitab-kitab Lughah agar dia dapat menetapkan perbezaan makna bahasa dari dua kalimat tersebut, tetapi dia tidak menemukan apa-apa)

@ Sayyidina Abu Bakar r,a pernah berkata kepada seorang Arab Badwi yang menentang pajak dan perkataannya ini pernah di akui segenap Para Sahabat :
“ Apabila para muhajirin telah rela, kamu semua kenalah menyetujuinya (mengikuti)”.
Abu Bakar mengatakan “ taba’un’ (mengikuti ) yang bererti menyetujui (muwafaqah).

# Kalau begitu, perbezaan makna kedua kata tersebut adalah dari segi istilah dan bukan hak saya untuk membuat suatu istilah.

@ Senang-sennag saja anda menjawab istilah, tetapi istilah yang anda buat tetap tidak akan mengubah hakikat sesuatu . Orang yang anda sebut muttabi’ , kalau dia mengetahui dalil dan cara melakukan istinbath darinya , bererti dia adalah mujtahid . Tetapi apabila tidak tahu dan tidak mampu melakukan istinbath , bererti dia mujtahid dalam sebahagian masalah dan muqallid dalam masalah lain. Oleh kerana itu, bagaimanapun juga pembahagian tingkatan seseorang hanya ada dua macam , yaitu mujtahid dan muqallid, dan hukumnya sudah cukup jelas dan diketahui.

# Sesungguhnya muttabi’ adalah orang yang mampu membezakan pendapat mujtahidin dan dalil-dalilnya, kemudian menguatkan salah satu daripadanya. Tingkatan ini berbeda daripada taqlid.

@Kalau yang anda maksudkan “membezakan pendapat para imam mujtahid” ialah membezakan mana yang kuat dan mana yang lemah dari segi dalil, bererti tingkat ini adalah lebih tinggi daripada ijtihad. Apakah anda mampu berbuat demikian?

# Saya akan lakukannya setakat kemampuan saya.
(*Hebatnya! Si lelaki secara tidak langsung mengakui yang dia mempunyai kemampuan yang lebih tinggi daripada berijtihad! Apabila telah sampai ke tahap sebegini, maka Syeikh faham tidak ada gunanya membincangkan hal tersebut lalu beralih persoalan)




@ Kami mendapat tahu yang anda telah memberi fatwa bahawa talak tiga yang dijatuhkan dalam satu majlis bererti jatuh satu talak saja. Apakah sebelum menyampaikan fatwa anda telah meneliti pendapat para imam mazhab serta dalil-dalil mereka , kemudian anda memilih salah satu dari pendapat mereka dan anda fatwakan ?.
Ketahuilah bahwa Uwaimir Al Ijlani telah menjatuhkan talak tiga kepada isterinya di hadapan Rasulullah s.a.w. Setelah ia bersumpah lian dengan isterinya, ia berkata “ Saya akan berbohong kepadanya, Ya Rasulullah, bila saya menahannya, dan saya talak tiga”. Bagaimana pengetahuan anda tentang hadis ini dan kedudukannya dalam masalah ini, serta pengertiannya menurut mazhab sebahagian besar ulama dan menurut mazhab Ibnu Taimiyyah?

# Saya belum pernah melihat hadis ini.

@ Bagaimana anda boleh memfatwakan suatu masalah yang bertentangan dengan apa yang telah disepakati oleh keempat imam mazhab , padahal anda belum mengetahui dalil-dalil mereka, serta tingkatan kekuatan dalil tersebut .
Kalau begitu anda telah meninggalkan prinsip yang anda anuti , iaitu ittiba’ menurut istilah yang anda katakan sendiri.
(Memang benar, kenyataan si lelaki ini bertentangan dengan kenyataan awalnya tadi iaitu “Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”. Yang dibuat tidak sama dengan yang diwarwarkan)

# Pada waktu itu saya tidak memiliki kitab yang cukup untuk melihat dalil dari imam-imam mazhab.
(* Kalau sudah sedar yang diri sendiri tidak cukup maklumat/ sumber untuk keluarkan fatwa, mengapa dibuat hukum sendiri?)

@ Kalau begitu, apa yang mendorong anda untuk tergesa-gesa memberikan fatwa yang menyalahi pendapat jumhur kaum muslimin, padahal anda belumpun memeriksa dalil-dalil mereka?

# Apakah yang harus saya perbuat ketika saya ditanya mengenai masalah tersebut, sedangkan kitab yang ada pada saya terbatas sekali?

@ Sesungguhnya cukup saja bagi anda untuk mengatakan “ Saya tidak tahu tentang masalah ini”, atau anda terangkanan saja pendapat mazhab empat kepada si penanya, serta pendapat mereka yang berbeza dengan mazhab empat tanpa harus memberikan fatwa kepadanya dengan salah satu pendapat.
Demikianlah ,apa yang kami kemukakan ini sudah cukup untuk anda dan memang sampai disitulah kewajipan anda. Apatah lagi masalah itu tidak langsung berkaitan dengan diri anda sehingga anda memberikan fatwa dengan pendapat yang menyalahi ijma’ keempat-empat imam tanpa mengetahui dalil-dalil yang dijadikan hujah oleh mereka, kerana anda menganggap cukup dengan dalil yang ada pada pihak yang bertentangan dengan mazhab yang empat.
Anda berada dipuncak kefanatikan sebagaimana yang anda selalu tuduhkan kepada kami.
(*Si lelaki sebagimana kebiasaannya lain-lain penganut fahaman “La Mazhabiyyah” sering menuduh umat Islam yang mengikut mazhab sebagai taksub, tetapi kini terbukti dirinya pula yang taksub)

# Saya telah menelaah pendapat keempat-empat imam dalam kitab Subulus Salam karya as Syaukani dan Fiqhus Sunnah karya As Sayyid Sabiq”.

@ Kitab yang anda sebutkan adalah kitab yang memusuhi keempat imam mazhab dalam masalah ini. Apakah anda rela menjatuhkan hukuman kepada salah seorang tertuduh hanya dengan mendengarkan keterangan saja, keterangan saksi-saksi dan keluarganya tanpa mendengarkan keteranga tertuduh lain?”.

# Saya kira apa yang telah saya lakukan tidak patut dicela . Saya telah memberikan fatwa kepada orang yang bertanya dan itulah batas kemampuan paham saya.

@ Anda telah menyatakan sebagai muttabi’ dan kita semua kena menjadi muttabi’. Dan anda telah mentafsirkan bahwa ittiba’ ialah meneliti semua pendapat mazhab dan mempelajari dalil-dalil yang dikemukakannya. Kemudian mengambil mana yang paling mendekati dalil yang benar.
Namun apa yang telah anda lakukan ternyata bertolak kebelakang.
Anda mengetahui bahawa mazhab yang empat telah ijma’ bahwa talak yang dijatuhkan tiga sekaligus, bererti jatuh tiga. Anda mengetahui bahwa keempat imam mazhab mempunyai dalil tentang masalah ini, cuma anda belum melihatnya. Namun demikian , anda berpaling dari ijma’ mereka dan mengambil pendapat yang sesuai dengan keinginan anda. Apakah anda (*secara automatik) sejak dari mula telah yakin bahawa dalil-dalil keemppat-empat iamam mazhab itu tidak dapat diterima?

# Tidak, cuma saya tidak melihatnya kerana saya tidak memiliki kitab-kitab tersebut.

@ Mengapa anda tidak mahu menunggu?. Mengapa anda tergesa-gesa padahal Allah s.w.t tidak memaksakan anda untuk berbuat demikian?. Apakah kerana anda tidak melihat dalil-dalil para ulama jumhur yang dapat dipakai sebagai alasan untuk menguatkan pendapat Ibnu Taimiyyah? Apakah fanatik yang anda anggap dusta itu tidak lain ialah apa yang anda telah lakukan?

# Dalam kitab-kitab yang ada pada saya , saya telah melihat beberapa dalil yang cukup memuaskan dan Allah tidak membebani saya lebih dari itu.
(* Masih tidak mahu mengalah walaupun sudah terbukti salah)

@ Apabila seorang muslim melihat satu dalil dalam kitab yang dibacanya , apakah cukup dengan dalil tersebut ia meninggalkan semua mazhab yang berbeda dengan fahamannya sekalipun dia belum melihat dalil-dalil daripada mazhab-mazhab tersebut?

# Cukup.

@ Ada seorang pemuda yang baru saja memeluk agama Islam , dan dia sama sekali tidak mengetahui pendidikan agama Islam. Lalu ia membaca firman Allah azza wajalla :
“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat , maka ke mana pun kamu menghadap , disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatnya ) lagi Maha Mengetahui”.
(Al Baqarah 115).
Pemuda tersebut lalu beranggapan bahawa setiap orang hendak melakukan solat boleh menghadap ke arah mana saja sebagaimana ditunjukkan oleh zahirnya lafaz ayat Al quran itu.
Kemudian ida mendengar bahwa keempat-empat imam mazhab telah bersepakat bahwa (*sesungguhnya) dia kena menghadap Kaabah. Dia pula sedia maklum bahawa para imam mempunyai dalil untuk masalah ini, cuma dia belum melihatnya saja. Apakah yang harus dilakukan oleh pemuda tersebut sewaktu dia hendak mengerjakan solat?
Apakah cukup dengan mengikuti panggilan hatinya saja kerana dia telah menemukan ayat Al Quran tersebut ataupun dia harus mengikuti imam-imam yang berbeda dengan fahamnya?.

# Cukup dengan mengikuti panggilan hatinya.
(* Astaghfirullah… ini sangat berbahaya! Seandainya seorang muallaf ataupun orang Islam awam tiba-tiba membuka Al Quran lalu terjumpa ayat “Bunuhlah mereka (orang-orang kafir) di mana saja kamu menjumpai mereka”, bolehkah anda bayangkan apa yang akan terjadi?)

@Meskipun dengan menghadap ke arah Timur misalnya? Apakah solatnya dianggap sah?
(* Dengan penuh kehairanan)

# Ya, kerana dia wajib mengikut panggilan hatinya.
(*Rupanya hukum-hakam si lelaki dari golongan La Mazhabiyyah ini adalah mengikut panggilan hati!)

@ Andaikata panggilan hati pemuda itu mengilhami dirinya sehingga ia merasa tidak apa-apa berbuat zina dengan isteri tetangganya, memenuhi perutnya dengan khamar dan merampas harta manusia tanpa hak, apakah Allah akan memberikan syafaat kepadanya lantaran pangillan hatinta itu?

(Kemudian dia terdiam sejenak, lalu berkata…)

# Sebenarnya contoh-contoh yang tuan tanyakan hanyalah khayalan belaka dan tidak ada buktinya.

@ Bukan khayalan atau dugaan semata-mata (*Syeikh seorang ulama besar, tentu pelbagai pengalaman manusia telah dilaluinya), bahkan selalu terjadi hal seperti itu ataupun lebih aneh lagi.
Bagaimana tidak begitu, seorang pemuda yang tidak mempunyai apa-apa tentang Islam, Al Kitab dan As Sunnah, kemudian membaca sepotong ayat Al Quran yang dia fahami menurut apa adanya. Dia kemudian berpendapat bahawa boleh saja solat menghadap ke arah mana saja meskipun dia tahu bahawa solat kena menghadap kiblat (Kaabah).
Dalam kes ini, apakah anda tetap berpendirian bahwa solatnya sah kerana menganggap cukup dengan adanya bisikan hati nurani atau panggilan jiwa si pemuda tersebut? Disamping itu menurut anda , bisikan hati, panggilan jiwa dan kepuasan mental dapat memutuskan segala urusan (*dijadikan sumber untuk mengeluarkan hukum?). Pendirian ini jelas bertentangan dengan prinsip anda , bahawa manusia terbahagi tiga kelompok : mujtahid, muqallid dan muttabi’ (*kerana ternyata pula semua manusia adalah muttabi’/ mujtahid termasuklah muallaf tadi).

(Setelah kami katakan demikian, ia menyatakan bahwa sebenarnya pemuda tersebut kenalah membahas dan meneliti. Apakah ia tidak membaca hadis atau ayat lainnya?)

@ Dia tidak memiliki cukup bahan untuk membahas sebagaimana halnya anda ketika membahas tentang masalah talak (*tadi). Dia tak sempat membaca ayat-ayat lain yang berhubungan dengan masalah kiblat selain ayat di atas . Dalam hal ini apakah dia tetap kena mengikuti bisikan hatinya dengan meninggalkan ijma’ para ulama’?

# Memang kena begitu (* muallaf tadi memang kena ikut bisikan hatinya dengan meninggalkan ijmk para ulama. Kalau muallaf saja sudah begitu, umat Islam lain tentulah lebih lagi layak begitu) kalau dia tidak mampu membahas dan menganalisis. Baginya cukuplah berpegang kepada hasil fikirannya sendiri dan ia tidaklah salah.

@ Ucapan (*pegangan) anda sangat berbahaya dan menakjubkan, dan kami akan siarkan...

# Silakanlah tuan menyiarkan pendapat saya dan saya tidak takut.

@ Bagaimana anda akan takut kepada saya padahal anda tidak takut kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya dengan ucapan tersebut anda telah membuang firman allah s.w.t :
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.
(An Nahl: 43)
(*Syeikh Ramadhan menghukum orang sebegini sebagai “tidak takut kepada Allah”. Janganlah hendaknya kita menjadi salah seorang daripada mereka)

# Tuan, para Imam tidaklah maksum yang terpelihara dari kesalahan. Mana boleh dia (si muallaf) meninggalkan yang maksum dan berpegang pada orang yang bukan maksum?

@ Yang terpelihara dari kesalahan adalah makna yang hakiki yang dikehendaki oleh Allah azza wa jalla dengan firmannya:
“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat…”
Akan tetapi , fahaman “pemuda yang jauh sekali dari pendidikan Islam” sama sekali tidak maksum.
Jadi masalahnya:
Ialah perbandingan antara dua kefahaman,
Iaitu fahaman atau pemikiran seorang pemuda yang jahil
Dengan
Fahaman atau pemikiran para imam mujtahiddin,
Yang kedua-duanya tidak maksum.

Perbezaannya hanyalah:
Yang satu terlalu jahil
Yang satu lagi sangat dalam ilmunya.

# Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak membebani dia melebihi kemampuannya.
(* Mengikut keputusan para Imam Mazhab bukanlah sesuatu yang di luar daripada kemampuan kita. Ini jawapan yang bukan jawapan)

@ Tolonglah jawab lah pertanyaan ini .
Seorang mempunyai anak kecil yang sedang sakit panas. Menurut saranan semua doktor yang ada di kota , dia harus diberi ubat khusus dan mereka melarang orang tua si anak untuk mengubatinya dengan antibiotik. Merekapun telah memberitau kepada orang tua si anak sekiranya peraturan ini dilanggar, ia boleh menyebabkan kematian si anak.
Kemudia orang tua tersebut membaca lembaran tentang kesihatan dan menemukan keterangan bahawa antibiotik kadang-kadang bermanfaat untuk mengubat sakit panas.
Dengan adanya lembaran ini, orang tua tersebut tidak mempedulikan lagi nasihat doktor. Kemudian dengan panggilan hatinya, ia merawat anaknya dengan antibiotik sehingga mengakibatkan kematian si anak.
Dengan tindakan ini, apakah orang tua tersebut berdosa atau tidak?

# Saya kira masalah tersebut lain dengan masalah ini dan maksudnya pun berbeza dengan persoalan yang sedang kita bicarakan.
(*Si lelaki gagal menangkap tamsilan yang mudah ini, bagaimana agaknya dia mampu membandingkan hujah-hujah para imam mazhab?)

@ Masalah ini sama hakikatnya dengan hal yang sedang kita bicarakan.
Cuba anda perhatikan ! . Orang tua tersebut sudah mendengarkan ijma’ (kesepakatan ) para doktor , sebagaimana pemuda tadi juga telah mendengar ijma’ para ulama. Akan tetapi , orang tua tersebut berpegang pada selembaran buku kesihatan , sebagaimana pemuda tersebut melaksankan panggilan hatinya”.

# Tuan, Al Quran adalah Nur. Nur Al Quran tidak dapat disamakan dengan yang lain.

@ Apakah pantulan Al Quran itu dapat difahami oleh yang membaca sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.? Kalau begitu apa bezanya antara ahli ilmu dan yang bukan ahli ilmu dalam menerima cahaya Al Quran?

# Panggilan hati adalah yang paling asas/ pokok.

@ Orang tua tersebut telah melaksanakan panggilan hatinya sehingga kematian anaknya . Apakah ada pertanggungjawaban bagi orang tua itu baik dari segi syariat mahupun tuntunan hukum?.

#Dia tidak dituntut apa-apa.
(*Jelas, pemikiran lelaki ini jauh terseleweng dan sukar untuk diperbetulkan lagi. Tuan Syeikh pun telah dapat apa yang dia pelrukan daripada perbincangan ini, maka dirasanya tak perlu lagi dipanjang-panjangkan kerana tidak akan membawa apa-apa faedah)

@ Dengan pernyataan anda seperti ini , saya kira dialog dan diskusi ini kita cukuplah sampai di sini saja. Sudah putus jalan untuk menemukan pendapat kami dengan anda . Dengan jawaban anda yang sangat mengganjilkan itu, cukuplah kiranya kalau anda telah keluar dari ijma’ kaum muslimin”.
(*Sesiapa yang berpegang dengan fahaman seperti fahaman lelaki ini, maka Syeikh Ramadhan al-Buti menghukum mereka sebagai terkeluar daripada ijma’ kaum muslimin)


TAMAT DIALOG


Cuba anda renungkan. Seorang muslim yang jahil, hanya bersandarkan panggilan hatinya dalam memahami apa yang dia temukan dalam Al Quran, lalu dia mengerjakan solat menghadap ke arah selain kiblat dan menyalahi semua umat Islam, tetapi solatnya dianggap sah dan tidak apa-apa.
Kemudian orang biasa dengan panggilan jiwanya mengubati orang sakit sekehendaknya, sehingga menyebabkan kematian orang yang dia ubati . Lalu atas perbuatannya itu, dia bebas daripada segala tuntutan.

Kalau begitu, mengapa mereka tidak membiarkan orang-orang jahil menggunakan panggilan hatinya untuk bertaqlid dan mengikut imam mujtahid, kerana mereka adalah lebih waspada daripada mereka yang jahil tentang urusan kitab Allah Azza w Jalla dan sunnah Rasulullah saw?
Pendapat ini mungkin salah menurut mereka , tetapi tercakup dalam pengertian memenuhi jiwa.

Setelah kami ungkapkan dialog kami dengan pemuda ajaib ini, kami ingin menghimbau para pembaca agar sedar dan insaf serta membebaskan diri daripada fanatik apabila pembaca ingin mengetahui perkara yang hak dengan segala alasan serta dalil-dalilnya , apa yang telah kami tulis dan kami jelaskan sudah cukup mengungkapkan perihal yang samar-samar dan menghilangkan semua hal yang meragukan.
Akan tetapi kalau anda mempertahankan pendapat lantaran fanatik dan fanatik itu sudah menjadi watak dan karakter anda, berapa banyak pun dalil dan alasan yang saya tambah , tetap tidak ada gunanya untuk anda.
Sesungguhnya masalah anda bukanlah masalah kebodohan yang dapat dihilangkan dengan ilmu, tetapi masalah fanatik yang tidak mungkin dapat dilengkapkan , kecuali dengan cara melakukan koreksi peribadi yang tulus ikhlas di hadapan Allah Azza wajalla.

Terlepas dari golongan manakah anda berada, yang perlu kami ingatkan ialah kelompok masyarakat tempat anda melakukan dakwah, mengenai golongan yang sasaran dakwahnya tidak lagi ditujukan pada usaha perbaikan iman dan menghindarkan kekufuran, tetapi satu-satunya usha mereka lakukan ialah menyalakan api persengketaan dikalangan umat Islam manakala api sudah padam.
(*Begitulah umat Islam di Nusantara. Ratusan tahun hidup aman damai tanpa persengketaan ini, apabila datang saja golongan ini ke sini maka merebaklah pelbagai perbalahan yang tidak selesai-selesai. Musuh-musuh Islam tersenyum senang)

Mereka seolah-olah melakukan kegiatan pembahasan ilmiah (*kononnya) untuk mengungkapkan pokok-pokok pemikiran, tetapi tujuan utamanya hanya ingin memperdalamkan jurang perselisihan dan mencetuskan terjadinya permusuhan dan perpecahan serta menjauhkan pola-pola berfikir yang sihat dalam segala persoalan . Inilah kenyataan yang dapat kita rasakan.

Lalu apa jalan keluar untuk menyelamatkan umat Islam dari kenyataan ini dan bagaimana cara menghindarkan diri daripada sikap-sikap yang menunjukkan pertengkaran , permusuhan serta perpecahan?

Satu-satunya jalan adalah kembali pada norma-norma ilmiah setiap kali hendak melakukan kegiatan pembahasan dan jauh daripada sikap fanatic, atau adanya maksud lain yang mencampuri kemurnian ilmu pengetahuan.
Dengan cara ini , perselisihan akan lenyap , sedikit-demi sedikit kemudian larut serta tidak ada kemungkinan bagi para penyeludup dari luar untuk mengiring ke dalam lembah perpecahan , hasad dan sakit hati.

Dalam risalah ini , telah kami kemukakan penjelasan yang diperlukan untuk mengetahui mana yang benar dalam permasalahan ini.
Telah kami ungkapkan bahawa penulis buku , yakni Syekh Khajandi telah menukil keterangan yang tidak benar, bahkan bertentangan dengan kenyataan.

Pembaca pun telah mengetahui bahawa penjelasan para imam yang dinukil oleh Syekh Khajandi adalah bertolak belakang dengan apa yang dituduhkan oleh Syekh Khajandi .
Kami yakin bahawa para pembaca telah mengikuti uraian (pemjelasan) kami dalam risalah ini dengan penuh perhatian dan pengharapan.

Demi Allah, orang yang iri dan tidak mempunyai keinsafan mungkin menuduh kami melakukan pelanggaran dalam pembahasan sekadar sambil lalu serta main-main dalam menukil suatu keterangan atau kurang professional dalam menukil suatu keterangan dan mengemukakan dalil .
Oleh kerana itu , kami mengajak pembaca untuk menuntut kebenaran yang selama ini selalu dipegang oleh JUMHUR KAUM MUSLIMIN setiap masa. Tegaklah berdiri sebagai pembela dalam mempertahankan kebenaran dengan memerangi segala macam sikap yang berlebihan.
(* Syeikh mengajak kita menjadi pembela. Sahutlah seruannya)

Bahan bacaan berkaitan di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2

Nota bacaan oleh:
Alexanderwathern
NOV 2006

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article45.html&mode=&order=0&thold=0