Friday, April 6, 2007

ILMU-ILMU AL-QURAN

ILMU-ILMU AL-QURAN

• Nama-nama Quran ialah Furqan, Tanzil, Zikir, Kitab, Hudan.

• Al Quran turun dalam 2 tahap –dari Lauh Mahfuz ke langit dunia (secara global pada malam Lailatul Qadar) dan dari langit dunia ke bumi (secara terpisah-pisah selama 23 tahun)

• Menurut Saidina Uthman: “Jika kalian berselisih mengenai bentuk qiraah, maka tulislah dengan bahasa Quraisy kerana Al Qura diturunkan dengan bahasa mereka”.

• Tafsir maksudnya menrangkan atau menjelaskan. Tafsir adalah ilmu untuk memahami kitabullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, menjelaskan makna yang tersirat di dalamnya serta mengeluarkan hukum-hukum dan hikmah-hikmahnya. Ms 95

• Tafsir ialah erti secara langsung sesuatu ayat. Takwil ialah mentarjih sebahagian makna ayat yang mempunyai beberapa makna. Ms 96

• Hasan al-Basri membesar di bawah asuhan Saidina Ali bin Abi Talib. Ms 119

• Menurut Imam Ghazali, Hasan al-Basri adalah individu yang mirip para Nabi dalam berbicara, dan petunjuknya lebih efektif daripada sahabat. Dia seorang yang sangat fasih, sehingga dari lisannya mengalir beberapa hikmah. Ms 119

Bacaan:

PENJELASAN ILMU-ILMU AL-QURAN oleh Syeikh Muhammad Ali as-Shabuni terbitan Crescent News 2002.
Judul asal- AL-TIBYAN FI’ULUM AL-QURAN terjemahan oleh MS Hafid Masyuri
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article40.html&mode=&order=0&thold=0

0 maklumbalas: