PENGURUSAN MAYAT dalam FIQH SUNNAH
Tabah Menghadapi Cubaan
“Siapa yang akan beroleh limpahan kebaikan daripada Allah terlebih dahulu akan diberinya cubaan.”
(Buhari & Muslim)
“Tiada satu musibahpun yang menimpa diri seseorang Muslim baik berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan kedukaan mahupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang menyucuk anggotanya kecuali dihapuskan Allah kerana itu sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya.”
(Bukhari & Muslim)
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa kesakitan mulai daripada tusukan duri sehingga kepada yang lebih berat daripada itu kecuali dihapuskan Allah kerana itu keslahan-kesalahannya tak ubah seperti pohon yang menggugurkan kayu-kayu dan daun-daunnya.”
(Bukhari)
Fadhilat Menziarahi Orang sakit
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka akan terdngarlah seruan dari langit: baik sekali perbuatan kamu, baik sekali kunjungan kamu, dan kamu telahpun menyediakan satu tempat tinggal di dalam syurga.”
(Muslim)
“Setiap Muslim yang menjenguk Muslim lainnya pada waktu pagi akan didoakan oleh 70,000 malaikat sampai ke petang, dan jika ia menziarahinya pada waktu petang, akan didoakan olh 70,000 malaikat hingga ke waktu pagi, sedangkan di dalam syurga tersedia buah-buahan yang telah dipetik.”
(Turmizi)
Berubat Menggunakan Mentera & Tangkal
“Semasa jahilliyyah kami melakukan engubatan dengan mentera. Lalu kami tanyakan: Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda dalam hal ini? Jawab baginda: Cuba bawa kepadaku mentera tuan-tuan itu. Mentera tidak apa-apa jika tidak mengandungi kemusyrikan.”
(Muslim & Abu Daud)
“Jika salah seorang daripada kamu menagalami ketakutan di waktu tidur, hendaklah ia mengucapkan doa yang ertinya………….. maka syaita itu takkan dapat menimpakan bencana kepadanya.”
Abdullah bin Amar ajarkan da ini kepada anak-anaknya yang telah mengerti. (Anak-anak) yang kecil lagi, ditulisnya di kain lalu digantungnya di leher.”
(Abu Daud, An-Nasa’I, Turmizi & Al Hakim)
Doa dan Zikir di Sisi Mayat
“Jika kamu menjenguk orang yang sakit atau melawat orang yang meninggal, hendaklah kamu mengucapkan kata-kata yang baik kerana para malaikat akan turut mengaminkan apa-apa yang kamu ucapkan itu.”
(Muslim & Ahmad)
Hal-hal yang Sunat Ketika Ajal
• Ajarkan Laailaahaillallah kepada yang tidak berdaya
• Menghadapkannya kea rah kiblat dalam keadaan berbaring pada sisi badan yang kanan
• Baca surah Yaasin
• Tutup kedua matanya
• Tutup dengan kain (boleh cium mayat)
• Bayar hutangnya. Jika mati ada harta- kena bayar hutang. Mati tak ada harta tetapi memang berniat nak bayar- Allah akan bayar. Mati ada harta tapi waris tak bayar- Allah akan bayar.
• Umumkan kematian seseorang kepada kaum kerabat, handai taulan dan orang-orang soleh.
Berkabung
Isteri boleh berkabung selama 3 hari kerana kematian kaum keluarga tetapi mesti dengan izin suami. Kalau suami meninggal dunia, tempoh berkabungnya ialah 4 bulan 10 hari.
Sediakan Makanan
Sunat sediakan makanan untuk keluarga si mati berdasarkan hadith:
“Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memberatkan mereka (akibat kematian Jaafar).:
(Abu Daud, Muslim & Turmizi)
Kita boleh sediakan kain kafan atau lubang kubur untuk diri kita sendiri. Boleh juga mewasiatkan agar kita ditanam di mana-mana.
Cara Mandi Mayat
• Yang wajib- sampaikan air sekali ke seluruh badan
• Hanya individu yang perlu saja hadir
• Para pemandi hendaklah orang-orang yang terpercaya agar dapat sebarkan kebaikan mayat dan menutup keburukannya
• Wajib niat
• Tekan perut untuk keluarkan najis
• Bersihkan kemaluan- mesti berlapik
• Kemudian wudhukkan mayat
• Kemudian mandikan 3 kali dengan air dan sabun atau dengan air bidara. Mulakan dengan bahagian kanan
• Tak cukup 3 kali, jadikan 5 atau 7
• Keringkan badannya dengan kain
• Kenakan minyak wangi (usap dengan bilangan ganjil)
• Makruh potong kuku, cabut rambut, kumis, bulu ketiak, bulu kemaluan walaupun sehelai dua. Namun Ibnu Hazmin membolehkan.
• Jika keluar sesuatu daripada perut setelah mandi dan sebelum kafan, wajib cuci bahagian yang kena najis itu. Tak perlu ulang mandi mengikut Mazhab Hanafi, Syafie dan Maliki)
Hikmah campur air dengan kapur barus:
• Baunya harum
• Awet mayat
• Usir binatang buas
Air ini boleh diganti dengan bahan lain yang fungsinya hampir sama.
Tayamum
• Sekiranya tiada air
• Jika kalau dimandikan, tubuhnya akan bertambah hancur/ terpisah-pisah
• Jika yang meninggal itu wanita di kalangan lelaki, tiada wanita lain. Juga sebaliknya
• Yang mentayamumkan wnaita itu muhrimnya- dengan tangan. Yang mentayamumkan wnaita itu lelaki asing- berlapik
• Ikut Syafie, jika ada muhrim di kalangan lelaki, maka hendaklah dia memandikan mayat wanita itu.
• Wanita boleh mandikan suami. Lelaki pula boleh mandikan isteri (pendapat jumhur)
• Wanita boleh mandikan anak yang kecil.
Kafan
• Kafan dengan apa sahaja walaupun sehelai kain- fardhu kifayah
• Seboleh-bolehnya elok, bersih dan tutup semua dan berwara putih
• Asapkan dengan kemenyan atau cendana 3 kali agar wangi
• Lelaki 3 lapis, perempuan 5 lapis
• Mengiktu Syafie- orang yang berihram dikafan dengan kain ihramnya, tidak diminyak wangi dan tidak ditutup kepala
Solat Jenazah
• Fardhu kifayah
• Suci daripada hadas
• Jenazah lelaki, imam berdiri setentang dengan kepala. Jenazah wanita, imam berdiri setentang dengan pinggang
• Bayi 4 bulan ke atas- kena mandi & solat
Syarat Solat Jenazah
• Macam solat fardhu
• Suci drpd hadas
• Menghadap kiblat
• Menutup aurat
Makruh dilakukan pada waktu-waktu terlarang solat.
Rukun-rukun Solat Jenazah
• Niat
• Berdiri- bagi yang mampu
• 4 kali takbir
• Baca al-Fatihah & selawat (secara senyap). Selawat sekadar “Allahummasaolliala Muhammad” sudah mencukupi. Yang baiknya seperti dalam tahayat akhir. Dibaca pada takbir yang kedua (walaupun tiada keterangan yang kuat menentukan tempatnya)
• Doa, walaupun singkat. Ada pelbagai versi daripada Rasulullah. Dibaca lepas takbir ketiga (walaupun tiada penegasan)
• Doa lepas takbir keempat- sunat
• Beri salam- menurut jumhur fardhu.
Jenazah Syahid
• Tak perlu solat- Syafie. Ulama lain berbeza pendapat- boleh solat da boleh tidak.
• Boleh solat di makam walau berselang waktu
• Boleh solat ghaib (contohnya apabila Raja Habsyi meninggal)
• Boleh solat di amsjid
• Wanita boleh solat jenazah secara sendirian atau berjemaah
Membawa Mayat
• Disyariatkan hantar dan pikul
• Disegerakan
• Para pengiring berjalan di depan- jumhur. Berjalan di belakang- Hanafi. Sebenarnya mana-mana pun boleh.
• Makruh berzikir atau membaca apa-apa dengan kuat. Elok diam sahaja.
• Makruh mengiringi dengan api- kecuali waktu malam
• Ketika mayat lalu, boleh berdiri dan boleh tidak. Kalau berdiri pun sebagai mengagungkan Allah yang mencabut nyawa
Tanam Mayat
• Fardhu kifayah
• Boleh dimakamkan pada waktu malam
• Sunat mendalamkan kubur
• Msukkan ke kubur, sunat kaki dulu
• Sunat hadapka muka mayat kea rah kiblat
• Sunat berdoa selepas ditanam
Talkin
• Sunat- Syafie
• Makruh- Hanbali
Binaan Kubur
• Sunah tinggikan tanah sejengkal. Haram aklau lebih
• Sunat kuburkan berdekatan ahli keluarga
• Makruh adakan sembelihan di perkuburan
• Haram duduk, berjalan atau bersandar pada kuburan kecuali terpaksa
• Makruh buat tembok dan buat tulisan- Jumhur. Haram- Ibnu Hazmin. Haram kalau ayat Quran, nama boleh- Malik
Tilawah di Kuburan
• Sunat bagi Syafie. Harus bagi Hanbali. Makruh bagi Malik. Makruh bagi Hanafi.
Bacaan:
FIQH SUNNAH oleh Syeikh Sayid Sabiq
Alexanderwathern 2005
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article41.html&mode=&order=0&thold=0
Friday, April 6, 2007
PENGURUSAN MAYAT dalam FIQH SUNNAH
Bahagian BAHAN BACAANKU
Pengirim alexanderwathern pada 11:41 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 maklumbalas:
Post a Comment