DIALOG ISLAM-KRISTIAN 3
Alexanderwathern (Muslim) dengan Frontline (Kristian)
Simbol @ adalah tulisan Alexanderwathern
Simbol + adalah tulisan Frontline
MASALAH ELOHIM & KITAB SUCI
@ Bible terdahulu membezakan sebutan untuk Tuhan dengan yang lain dengan pelbagai nama supaya pembacanya tidak terkeliru dan tersilap iman. Antaranya perkataan hotheos, tontheos, elohim, el eyon, eloah, elohim, eli dan lain-lain.
Mengapa apabla diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia semuanya menjadi Tuhan atau Allah? Ini membuatkan semua orang ditipu apabila yang Tuhan dan tuhan-tuhan atau Allah dan allah allah dipercayai sebagai Tuhan atau Allah dalam al Kitab! Dalam bahasa Inggeris semuanya disebut God, membuatkan semua pembaca Bible tertipu seumur hidup.
Persoalannya: Mengapa menipu dalam menterjemah? Mengapa mengelirukan umat Kristian?
Ayat Bible Kejadian 1:1
“Pada mulanya Tuhan menjadikan langit dan bumi.”
Perkataan Tuhan dalam ayat ini daripada naskah Hebrew adalah “Elohim”.
Maka perkataan asalnya sebelum diterjemah berbunyi:
“Pada mulanya elohim menjadikan langit dan bumi.”
Dalam bahasa Hebrew, elohim bermaksud tuhan-tuhan, bukannya Tuhan. Untuk Tuhan dinamakan El.
Sepatutnya ayat tersebut diterjemah sebagai:
“Pada mulanya tuhan-tuhan menjadikan langit dan bumi.”
Persoalanya: Mengapa menipu dalam menterjemah? Mengapa menipu umat Kristian?
+ Pasti ada kata-kata atau sebutan-sebutan di dalam bahasa asli yang tidak ada paralel-nya di dalam bahasa setempat.
@ Setuju. Tapi yang berlaku di Al Kitab sudah amat jauh menyeleweng hinggakan langsung tidak berdekatan maksudnya dengan yang asli.
Mengapa tidak diterjemahkan secara jujur aja? yang “Tuhan” di tulis “Tuhan” dan yang “tuhan-tuhan” ditulis “tuhan-tuhan”. Mengapa yang “tuhan-tuhan’ ditulis “Tuhan”? Kalaupun benar itu menunjukkan trinitas, semasa menterjemah semestinya jangan menipu, terjemahkan saja secara jujur dan orang akan tetap faham yang itu menunjukkan doktrin! Persoalannya, mengapa disorokkan hal ini sejak sekian lama daripada pengetahuan umum?
+ Untuk tujuan yang lebih khusus, kita memang perlu belajar bahasa asli Alkitab. Tetapi cukuplah kita katakan penterjemahan yang ada membuat pesan-pesan di dalam Alkitab sampai kepada seluruh bahasa di dunia, tanpa sedikitpun mengorbankan substansi dan esensi pesan itu. Menterjemahkan bukan menipu. Karena sudah sewajarnya jika tujuannya menipu, kita harus memusnahkan atau paling tidak menyembunyikan dulu yang asli.
@ Ya. Itulah yang berlaku dalam dunia Kristian, YANG ASLINYA DISOROKKAN. Siapa pernah tengok 24000 tulisan lama yang disorok di tempat-tempat tertentu seperti di Vatican dan sebagainya?
Mengapa ia disorok?
Mengapa hanya sebilangan yang amat kecil dari golongan para paderi saja yang dibenarkan meilhatnya ketika hendak dibuat revisi?
Mengapa tidak didedahkan kepada umum?
Mengapa ratusan lembaran Injil dibakar dalam Persidangan Nicea? Bukankah itu untuk menyembunyikan kebenaran?
Bagaimana ratusan kitab itu diletakkan di atas satu meja dalam sebuah bilik yang berkunci, kemudian dibuat peraturan- kitab mana yang esok pagi dengan sendirinya berada di atas meja, itulah yang akan diterima dan yang lainnya dibakar. Esoknya, 4 Injil yang digunakan sekarang didapati berada di atas meja. Maka yang lainnya terus dibakar! Tuan boleh percaya permainan sebegini?
+ Tidak ada bukti utk klaim seperti ini.
@ Bagaimana mahu ditemui buktinya kerana tuan sendiri nampaknya tidak pernah tahu perkara-perkara di bawah, yang sepatutnya sedia diketahui oleh seorang Kristian! Seharusnya tuan belajar dulu:
1. Apa dia 24000 tulisan lama? Di mana ia sekarang? Apa kaitannya dengan ajaran dan kitab suci Kristian? Mengapa ia tidak pernah didedahkan kepada umat Kristian? Mengapa semua Bible hari ini yang merujuk kepadanya tidak pernah ada dua Bible yang sama, padahal rujukannya 24000 tulisan yang sama?
2. Apa Persidangan Nicea? Bila? Siapa penganjurnya? Apa yang berlaku semasa persidangan itu? Bagimana caranya mereka memilih hanya 4 naskah Injil drpd ratusan yang lain? Mengapa ratusan naskah lain dibakar sedangkan 24000 tulisan lama kini begitu dipelihara?
Amatlah menghairankan apabila tuan seorang Kristian meminta bukti perkara di atas kepada saya!
Sepatutnya tuan sudah sedia tahu semua ini kerana ia amat penting dalam dunia Kristian!!!
+ Kenyataannya justru persis terbalik. Tidak ada muslim scholar yang berani menjamin telah melihat atau mempelajari manuskrip asli Quran, bahkan saat ini, penyimpanan manuskrip2 Quran ini di Turki dan Kairo tidak terbuka untuk umum.
@ Saya tidak mengerti, apakah tuan cuba menyamakan Al Quran dengan Al Kitab?
Tuan harus faham, umat Islam tidak perlu kepada melihat secara dekat, membaca dan mengkaji naskah-naskah Al Quran lama itu kerana sejak zaman Nabi Muhammad lagi Al Quran telah dihafal keseluruhannya secara huruf demi huruf oleh ribuan para sahabatnya.
Umat Kristianlah yang mesti berhajat kepada melihat teks awal Al Kitab kerana ia tidak dihafal secara huruf demi huruf. Pada zaman Jesus penghafalnya amat sedikit dan yang menghafal itu pula tidak menghafal keseluruhannya, hanya bahagian-bahagian tertentu. Mereka tertindas, terpisah dan berdakwah secara sembunyi-sembunyi kerana kekejaman pemerintah. Maka jika ada kesilapan atau penyelewengan, tidak ada tempat untuk dirujuk sebab mereka saling berpisah, tidak berkumpul.
Bandingkan dengan Al Quran. Dan dari semasa ke semasa jumlah para penghafalnya secara huruf demi huruf semakin bertambah hinggakan kini sudah berjumlah jutaan orang di seluruh dunia. Seandainya ada satu saja kesilapan atau penyelewengan, maka ia dengan mudah dapat dikesan oleh umat Islam.
Para sahabat Muhammad tidak seperti pengikut Jesus. Ribuan penghafal berkumpul di Madinah selepas zaman Muhammad sementara ribuan lagi keluar berdakwah ke seluruh dunia. Dengan berkumpulnya mereka secara ramai di satu tempat, dalam keadaan tidak ditindas sesiapa (sebaliknya memimpin), maka sebarang kesilapan atau penyelewengan dalam hafalan amat mudah dikesan. Mustahil ada seorang yang boleh menipu walau satu ayat.
Bagaimana dengan pengikut Jesus? Sekiranya seorang melakukan kesalahan hafalan atau penyelewengan, di mana hendak dirujuk? Sebab itulah hingga ke hari ini kita masih belum bertemu dengan satu Al Kitab, sebaliknya pelbagai versi Al Kitab. Sedangkan dari zaman Muhammad hingga kini, hanya ada satu Al Quran.
Oleh kerana telah ada sumber untuk mengesahkan Al Quran iaitu melalui hafalan jutaan umat Islam hari ini, maka umat Islam tidak memerlukan untuk melihat secara dekat, membaca dan menmgkaji naskah-naskah lama itu kerana ia tetap sama secara huruf demi huruf dengan hafalan kami.
Umat Kristianlah yang sepatutnya mengkaji 24000 tulisan lama itu untuk menentukan kebenarannya. Malangnya apabila hendak dibuat revisi barulah dibenarkan melihatnya. Itu pun, setiap kali revisi semuanya tidak pernah ada dua versi yang sama, padahal mereka melihat sumber yang sama! Alangkah peliknya? Seringkali aja ada ayat baru ditambah dan ayat lama yang dibuang! Pernah tuan fikirkan?
TAMAT!!! Tiada balasan Frontline.
Monday, March 26, 2007
DIALOG ISLAM-KRISTIAN 3
Bahagian AGAMA DUNIA
Pengirim alexanderwathern pada 11:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 maklumbalas:
Post a Comment